tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, April 22, 2014

Terkena ulat tiket di hentian pudu

Akhirnya aku terkena juga walhal caranya sama macam aku beli tiket biasa. Bezanya ketika aku naik sahaja tangga terus ada seorang lelaki tanya " Nak balik mana? ". Aku " Ipoh ". " Ok ada satu bas nak gerak ".


Dia bawa aku menuju ke kaunter tiket bas super nice. Di tiket tertulis menuju ke Pulau Pinang dan katanya akan singgah Aman Jaya Ipoh. Aku pun bayar RM 25. Di tiket tertulis masanya jam 6.30 petang tapi bas sampai jam 7.00 malam.


Naik dalam bas, tiket diambil sebahagian dan lelaki itu berkata " Akak nanti kena tukar bas kat Hentian Duta untuk ke Ipoh ". Aku terpinga-pinga. Apasal nak kena tukar bas bagai lagi. Ok takpe. Sampai di hentian duta, mereka yang menuju ke Ipoh & Butterworth kena tukar bas lain.


Kena naik bas Shamisha pula. Dalam jam 8.00 malam 2 biji bas Shamisha sampai. Aku pergi ke arah bas yang dikatakan akan turun di Ipoh. Bagi tiket aku pada driver dan aku agak terkejut sebab semua seat penuh! Driver bangun dan tanya pada "ulat" itu berapa ramai mereka tarik orang untuk naik bas.


Aku mula rasa geram. Rasa tertipu. Rasa seperti kita dipermainkan. Terus aku minta tiket aku pada driver dan turun. Aku berdiri di antara bas. Dan-dan pula si apek telefon tanya aku di mana, macam mana dan tak memasal air mata aku laju mengalir.


Stress tiba-tiba sampai tak dapat kawal air mata. Aku bagitahu abah aku tak jadi balik malam itu. Aku telefon member untuk ambil semula aku. Dalam 15 minit berdiri ada seseorang ajak aku naik bas satu lagi. Katanya turun ke Ipoh. 


Aku? Memang NEKAD taknak naik dah. Apa depa ingat kita bayar pakai air liur sahaja? 


Kronologi cerita aku petang Ahad 20/4/2014 :

1) Member hantar pergi KL Sentral tapi malangya tiket ETS habis untuk petang ke malam
2) Singgah di Pudu dan terus terkena dan berlakulah kejadian di atas


Ya, nampak seperti cara belian tiket biasa sebab dia menulis tiket depan kaunter tiket super nice. Sebab itu aku rasa itu tiket macam biasa. Rupanya aku silap! Ingat nak cepat sampai akhirnya aku tersadai lagi semalaman di KL.


Hari Isnin jam 3 petang baru aku balik Ipoh naik ETS. Lebih selesa & menepati masa. 


Kesimpulan & nasihat :

1) Terus menuju ke kauter andai nak beli sebarang tiket. Abaikan mulut-mulut orang yang berlegar-legar di luar kaunter sebab mereka hanya akan cari orang sampai penuh bas dan tak mustahil masa akan lebih panjang.

2) Jangan mudah terpedaya sebab jika kita dalam keadaan terdesak fikiran kita juga tersepit dan tak mustahil kita mudah ditipu.


Maka secara rasmi buat masa ini aku akan blacklist super nice & shamisha. Bukan salah pengurusan bas tapi yang terlibat seperti pemandu bas itu sendiri. Mencemarkan rekod baik sahaja.


Aku tak kisah pasal duit tiket tapi aku kesal sebagai pengguna dipermainkan sebegini. kejadian seperti ini tidak terjadi kepada kalian. Peringatan bersama.


Sekarang aku lebih selesa dengan ETS untuk ke Kuala Lumpur.


Maaf kerana panjang dan terlalu emosi dengan apa yang jadi.










guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

21 dak comei sayang YUI:

Sally Samsaiman said...

mmg still ada lagi dorang...lain kali direct je ke tempat jual tiket...jgn ikut dorang...

Anum said...

PERINGATAN UTK DIRI SENDIRI JUGAK

PERMATABIRU said...

nasib masih ada org boleh pike up di sana..mmg bahaya beli dgn mereka..baik direct kaunter trannasinal aje pilihan yg ada

Azwa said...

yui, azwa selalu juga ditanya bila sampai dekat pudu tu. setiap kali depa tanya " nak pegi mana?" azwa akan geleng.

btw yui, tiket ke ipoh semuanya rm20.70. x kisah bus apa pun memang semua harga tiket bus ke sana memang pada harga tu.

ulat tiket ni memang. depa menyusahkan kita lagi byk dari menyenangkan kita. :) nanti kalau dtg kl jgn dilayan ulat2 tiket tu. depa memang amik untung lebih tapi hasilnya macam hampeh. :)

Shahrul Yusof said...

Peh, panas hati kalau terkena macam tu. Saya ingatkan kat Pudu dah takda ulat-ulat tiket ni. Rupanya masih berkeliaran lagi walaupun dah upgrade.

Hari tu naik bas dari Bandar Tasik Selatan, takda pulak terjumpa dengan ulat-ulat tiket ni.

Unknown said...

kesian yui... saya pon akan hati2 kalo nak naik bas nt...

Unknown said...

lepas ne kena hati2 huhu..

safurara said...

tu sbb rara xsuka layan ulat.mmg akan trus pegi kat kaunter.

Aimifiqa said...

mak aih..bahaye ni. mmg byk ulat2 tiket ni. sabar eh nurul yui. mge deme dpt balasan nnt duk asyik wat camtu kat org

ayuzan said...

saya pernah kena 1x. dari penang ke KL. sedih.. jadi dkt 8 jam woo.. slalu 8 jam sampai muar dah dri penang.

Cik Rose said...

Ros pun dah pernah kena macam Yui. kita nak cepat, terus jadi lambat.. pengalaman masa kerja kat kl 3 tahun lebih. Ros nak balik kedah.. huhu.. Sebab tu ros suka beli tranasional atau plusliner je untuk perjalanan kl ke kedah dan sebaliknya.. walau seat dia tak selesa, tapi masa dia tepat.. dah terkena dengan shamisha. asyik knea tukar bas je kat jalan duta tu. satu lagi pengalman yg Ros tak leh lupa bila naik bus Eagle. beli tiket konon perjalanan pukul 6 petang. Alih2 pukul 9 lebih baru jalan..tunggu orang penuh. beli tiket ke sg petani. tapi bus tu stop kat butterworth. rasa nak nangis je. dahla pukul 2 pagi. huhu..

p/s: sory Yui. komen panjang. hihi

Unknown said...

Siannya yui.. dah la sorang2 yer.. kena tipu.. terkongtang kanting gitu.. takpe yui pegalaman yer.. pasni jgn percaya ulat2 camni

Unknown said...

maknanya ulat tiket ni biasanya bersekongkol dengan pemandu bas la ye..jahat nya..

Adriannasyaz said...

Sya x kena dgn ulat tket..kekdg bli kat kaunter pun terkena..bape jam sya melangut kat hentian duta tuk ke maka..bleh plak org bas transnasional tu lpas tngan je..huhu

Mardiah Diana said...

Assalamualaikum dik Yui...sentiasa berhati2 dengan ulat tiket ni.. dik...

Unknown said...

sian yui..kalo nana pun da nanges da kat situ....mujurla ada kawan tlg ambk yui...penah sekali naik shamisha dari qlate ke taiping...masa tu mmg beli siap2 kat kaunter sbb tket bas lain abes

Eintan Nurfuzie said...

org skrg bukan pk hasil duit tu halal atau haram..

Hazmin Hamudin said...

Better terus pergi dekat kaunter. Tu je cara nak elak ulat ni yui. Kalau takda member mau tersadai dekat situ.

Nadia Johari said...

sebab tu tak pernah jawab orang yang sibuk tanya nak pergi mana..nak pergi mana

Azhafizah MN said...

dorang ni mencari untung je kan..kena hati² lepas ni

Myra Jay said...

Isyyyhhh macma2 la diorang ni kan..
Dalam kita dok berhati2 pun terkena apatah lagi org lain kan..

Lepas ni Yui elakkan dari bersendirian k