tentang
banner
tutor
fb
home
Showing posts with label bandung. Show all posts
Showing posts with label bandung. Show all posts

Sunday, November 16, 2014

Teringat kota Bandung

Bukak lappy ternampak folder "YUI". Bila kelebek ada folder Bandung. Alahai, rindu pula suasana gian shopping di sana. Walau baru sekali pergi tapi kesannya memang umphhh!


Aku ada hati nak pergi sana lagi. Konon berangan kalau kahwin nanti nak cari barang kahwin di sana. Wahhh, kelas angan-angan minah jenin kan? Takpelah, berangan dulu. Mana tahu jadi kenyataan. InshaaALLAH.




Rindunya nak pergi sana. Sesekali melayan perasaan.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, September 19, 2014

Ditegur nampak "lembaga" di hujung sana

Semalam aku tukar gambar profile di FB. Lepas itu ada seorang kawan tegur, katanya kenapa ada nampak lembaga hitam di hujung gambar. Aku pun terus kelebek & zoom lebih. Malangnya tak berapa jelas.




Terus aku tanya rombongan cik kiah yang pergi Bandung, katanya itu mungkin lif. Ketika kami bergambar ada satu keluarga yang lalu. Konon itu adalah bayangan depa. Ok rasanya pendapat itu semuanya nak sedapkan hati. Huhu.


Bagi aku, benda ini dah berlalu lebih setahun. Kalau betul itu adalah "lembaga", ku anggap "dia" sengaja tumpang masuk dalam gambar. Alhamdulillah takde apa jadi sepanjang berada di sana.


Kawan aku siap bagitahu, dia tak fokus gambar sebab fokus awek depan saja. Hahaha! Lawak toi ko Syikin.


Bila aku tengok, macam seram sikit tapi pujuk saja hati untuk abaikan.


Korang nampak tak?




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, December 13, 2013

Rindu kenangan di Bandung

Musim cuti sekolah ini memang ramai buat perancangan percutiankan? Dan tak dinafikan memang ramai emel aku terutama minta senarai pertukaran & mohon tips. Daku yang tak berpengalaman mana berkongsi yang mana ku tahu.




Gambar di atas adalah ketika kami seronok bershoping di Pasar Baru. Memang rambang mata tengok kain-kain yang ada. Menyesal tak beli banyak-banyak. Muahaha!




Part paling best dalam kedai ini, sambil kami membeli, kami dihidangkan dengan makanan dan minuman. Aish jarang nak jumpa service baik macam ini!


Rasanya aku sahaja yang mampu telan Teh Botol itu. Yang lain rasa sikit lepas itu pakat tinggal. Aku? Memang aku suka cuba dan tekak aku boleh terima.


Tetiba rindu saat di Bandung. Itu pasal terjadinya entry ini.


Nak tips bagai, boleh search di blog ini & gunakan kata kekunci yang betul ya.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, October 07, 2013

Nak pergi Bandung lagi!

Bila buka Nuffnang dan melihat kata kunci, ramai pakat mencari cerita tentang Bandung terutama bab tips. Wah kelas korang, nak bercuti ke sana ea. Seronok sungguh!!


- akan diisi dalam flight -


Automatik terasa macam nak pergi lagi. Terbayang keseronokan bershopping sakan di Pasar Baru. Muahaha. Seronok "habiskan" duit sebab nampak hasil yang sangat berbaloi dengan harganya.


Kepada yang nak mencari tips, rajin-rajin search di blog aku. Ada macam-macam yang aku kongsikan dan diharapkan ia membantu.


* Teringin nak pergi Vietnam. Adakah tahun hadapan? Jeng jeng jeng.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, July 19, 2013

Fenomena beg Furla yang warna-warni

Kalau yang jenis up to date or maybe sukakan barangan beg terutamanya pasti tahu beg jenis Furla. Aku tahu pun selepas member aku beli 2 beg Furla di Bandung bulan 4 yang lalu. Kalau tak mak jemah pun tak kenal!




Kalau tak salah aku harganya dalam RM 100+ untuk setiap satu. Sekarang tengok di FB ada macam-macam jenis Furla yang ada. Warna-warni, macam zebra pun ada juga. Menarik! Macam gula-gula.


Waktu tengok kat Bandung haritu tak terasa nak beli tapi tak tahu pasaipa sekarang baru rasa tergedik suka tengok beg macam ini. Alahai, tengok jela dulu. 


Jom cuci mata antara design Furla yang ada









Cantik tak? Lain orang lain citarasanya =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Wednesday, June 26, 2013

Perkhidmatan Supir Abdullah di Bandung Indonesia

Dapat komen dalam entry { ini }. Pada sesiapa yang berhajat nak bercuti ke Bandung dan tercari-cari pak supir, apa kata terus hubungi supir Abdullah.


Abdullah : +6285219032032




Kalau berhajat, apa kata berhubung dan tanyalah soalan sepuasnya. If ada emel, lagi senang. Jimat kos. 


Pastikan anda berhubung & berurusan dengan orang sepatutnya. Contohnya yang ramai guna perkhidmatan, beri feedback postif dan sebagainya. Bukan apa, kita ambil langkah berjaga-jaga.


Membantu mana yang mampu. Banyak entry aku pasal Bandung, sila rajinkan jari jemari mencari okay.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Monday, June 24, 2013

Ahli rombongan dari Malaysia ke Bandung

Selama aku duk cerita mengenai hal bercuti ke Bandung, aku tak bagi pun gambar penuh ahli yang sertai. Maka entry ini sebagai kenangan. Kenangan beramai-ramai "rombongan cik kiah", kih kih.




Sepatutnya kami berempat iaitu rakan dari PUO tapi seorang tidak dapat join atas masalah peribadi. Jom aku kenalkan dulu rakan PUO aku yang ada. Sebelah aku iaitu bertudung coklat & depannya bertudung pink.


Yang lain adalah mak, ayah, makcik, kakak ipar, ipar duai dan juga cinta hati kepada yang bertudung pink. Maka cukuplah kami 9 orang untuk bercuti-cuti di Bandung.


Terima kasih semua. Terima kasih banyak bantu, ada yang belanja, ada yang bersusah payah. Alhamdulillah percutian berjalan lancar walau rasa tak cukup hari duduk di sana. Hahaha.


Day 4 : Bye bye Bandung, nak balik Malaysia! [ part 1 ]

Day 4 : Aktiviti dalam flight Air Asia [ part 2 ]

Tips semasa berada di Bandung, Indonesia [harus ambil tahu

Tempat menarik di Bandung, Indonesia yang harus dikunjungi

Cara jimat guna SimPATI untuk telefon atau mesej ke Malaysia



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 20, 2013

Cara jimat guna SimPATI untuk telefon atau mesej ke Malaysia

Masih ingat simkad apa yang selalu disuggestkan bila berada di Bandung? Kebanyakan kata SimPATI { entry } maka haruslah aku guna SimPATI juga. 


Macam mana nak guna bila dah beli simPATI?


Masukkan simkad dalam hp dan gunalah seperti biasa. Hihihi. Pasti korang geram kalau macam ini sahaja entry aku. Okay, meh nak bagitahu cara penjimatan bila guna simPATI untuk telefon atau mesej ke Malaysia.


Untuk telefon ---> Dail 010176 diikuti nombor telefon 
Contoh : 0101760192331810


Untuk mesej ---> Taip mesej seperti biasa dan bila nak send, 
masukkan +6
Contoh : +60192331810


Untuk semak baki : *888#


Ada faham?


Kalau nak topup, takde istilah topup
Di sana panggil "pulsa"


Serious lebih jimat dan sangat untung! Aku 4 hari di sana, tak terkira telefon family banyak kali. Tak ketinggalan selalu juga mesej si Shapit. Sama macam berada di Malaysia. Jimat!


Kalau kau rasa kaya, taknak guna simkad indon, boleh saja guna prepaid/line dari Malaysia. Boleh jadi macam aku. Telefon tak sampai 1 minit, habis kredit aku RM 10! Tension mak jemah time itu.


Kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh terus komen atau lebih baik emel aku fashanusha@gmail.com. Nak contoh jadual pertukaran duit pun aku boleh bagi.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Tuesday, June 18, 2013

Tempat menarik di Bandung, Indonesia yang harus dikunjungi

Kalau anda ke Bandung, Indonesia haruslah pergi tempat-tempat menarik yang ada di sana. Kita sebagai pelancong, bukan selalu dapat pergi. Sekali pergi, pergi sahaja ke mana yang berkenan di hati.


Jom aku senaraikan antara tempat menarik yang perlu korang terjah

1) PASAR BARU BANDUNG
Yang ini memang WAJIB terjah terutama kepada kaki shopping. Serious, mata hampa nanti rambang bila dah jejak kaki ke sana termasuk aku. Rasanya kalau 4 hari ada di sana, 4 hari ulang ke Pasar Baru pun no problem!


2) KAWAH PUTIH
Pemandangan di sana, subhanallah. Sangat mengasyikkan. Sejuk dan damai. Tapi tak boleh berada lama di Kawah Putih kerana boleh beri kesan lain jika tak tahan.


3) CIBADUYUT
Kawasan atau tempat untuk memberi barangan kulit dengan harga yang superb murah. Sandal perempuan beli 3 pasang dapat RM 10 okay. Siapa yang taknak?


4) TANGKUBAN PERAHU
Seperti Kawah Putih juga tapi kawan bagitahu Tangkuban Perahu lagi best!


5) TRANS STUDIO
Ini memang tempat menarik jika korang punya masa lama di Bandung. Game indoor terbesar di dunia.


6) KEBUN STRAWBERRY
Ala-ala korang pergi ke Cameron Highland. Tapi apa salahnya merasa masuk kebun negara orang lain kan.


7) KARTIKA SARI
Jangan lupa beli ole-ole. Korang harus cuba kek kukus mereka. Pisang salai cheese memang mableesss la aku bagitahu. Rambang mata bila masuk.


Okay, ini antara yang sempat aku kongsikan. Tak semua tempat aku dapat pergi disebabkan kekangan masa. Korang boleh baca blog Admya sebab ada kongsikan lebih banyak tempat menarik yang lain.


Day 4 : Bye bye Bandung, nak balik Malaysia! [ part 1 ]

Day 4 : Aktiviti dalam flight Air Asia [ part 2 ]

Tips semasa berada di Bandung, Indonesia [harus ambil tahu]


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, June 13, 2013

Tips semasa berada di Bandung, Indonesia [harus ambil tahu]

Kalau sebelum ini aku ada kongsikan tips sebelum ke Bandung, Indonesia { entry }. Sekarang nak share tips semasa berada di sana pula. Moga menjadi panduan kepada yang berkenaan.


1) Sila lengkapkan kertas yang diberi semasa berada di dalam flight dan simpan sebaiknya kerana bila nak balik, kertas berkenaan akan diambil semula { klik untuk lihat keratan }

2) Pastikan passport anda sentiasa dibawa, ibarat ic anda okay

3) Beli simkad simPATI untuk penjimatan mesej dan telefon. Percayalah kerana sangat jimat. Kalau nak guna line korang pun no hal. Macam aku guna prepaid DiGi, telefon bagitahu family dah selamat sampai, dalam masa tak sampai 1 minit, hampir RM 10 kredit anda dipotong. Tak percaya boleh cuba =) { klik untuk lihat rupa simPATI }

4) Apabila membeli belah terutama di Pasar Baru, kena pandai tawar menawar sehabis mungkin. Kalau kau rasa malas, beli sahaja tanpa berkata-kata, pasti peniaga suka. Hahahaha.

5) Apa saja bantuan yang anda minta, apa salahnya bagi sedikit tips. Niatkan untuk bersedekah. Boleh bagi duit, belanja makan atau apa yang sebaiknya.

6) Jangan pelik jika ramai peminta sedekah disana. Anda kena berhati-hati kerana sekali nak bersedekah, ramai akan berduyun datang if nampak anda bagi. Jadi, perhati keliling dulu ya.

7) Cara pemanduan di sana aku rasa sangat menakutkan. If anda bersama supir, perhatikanlah gelagat mereka di sana membawa kenderaan masing-masing. Takut nak tengok, boleh pejam mata.

7) Jangan lupa ambil gambar sebagai kenangan. Boleh simpan dan tunjukkan kepada yang ingin lihat. Bagi blogger tegar macam aku, gambar harus ada sebagai bukti. Kih kih.

8) Ingat ya pakai selipar atau kasut bertutup. Itu sebaiknya. 

9) Bawa backpack dan pastikan beg anda sentiasa ditutup.

10) Asingkan duit anda siap-siap. Macam aku, aku bawa 2 uncang lain sebagai spare. Aku ikat pada seluar atau selit mana-mana berkaitan. Jangan letak semua duit dalam satu beg duit okay. Itu amat bahaya. Risiko tinggi.

11) Jika anda tidak berminat, tolak dengan cara baik. Jangan buat muka atau melenting bagai. Ingat, anda di tempat orang.


Aku rasa ini dulu. If ada penambahan akan aku update. Kalau ada sesiapa nak tambah, boleh juga komen dan aku update dalam entry ini. 


Blog lain sebagai rujukan ke Bandung, Indonesia :



Day 4 : Bye bye Bandung, nak balik Malaysia! [ part 1 ]

Day 4 : Aktiviti dalam flight Air Asia [ part 2 ]


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, June 07, 2013

Tips sebelum ke Bandung, Indonesia [harus ambil tahu]

Pertama sekali, aku harap tips yang aku bagi ini dapat membantu bagi yang akan melancong terutamanya ke Bandung, Indonesia. Tak dapat bantu banyak, bantu sikit pun dah memadai.


Jom tengok apa yang patut dilakukan sebelum bercuti.


1) Sila google dan survey maklumat yang diperlukan. Kebanyakan blogger pasti akan update percutian mereka untuk dikongsi bersama termasuk aku. Aku banyak sangat google pengalaman orang lain ketika berada di sana.

2) Booking awal tiket penerbangan terutama ketika waktu promosi. Memang berbaloi! Kalau yang berkemampuan, dan dan tu beli pun no hal.

3) Hanya perlu bawa barangan wajib sahaja seperti telekung, sehelai tshirt, sehelai seluar & kasut selipar atau bertutup. Beg bagasi bawa yang besar, pergi ringan tapi balik pasti penuh. Silap-silap tambah beli bagasi dan isi penuh lagi macam aku.

4) Disarankan pakai selipar sahaja terutama ketika shopping di Pasar Baru. Tak payahlah nak cantik sangat dengan heel bagai buat lenguh kaki je nanti. Elok boleh pusing lama, nanti 30 minit dah malas pusing!

5) Digalakkan bawa beg belakang ( yang macam budak sekolah pakai itu ). Serious sangat berguna sebab bila beli barang, boleh terus sumbat. Takde penat jari jemari ini.

6) Sebelum pergi, lebih baik anda aktifkan pengeluaran antarabangsa. Aku buat untuk CIMB dan Maybank. Just guna mesin atm untuk aktifkan. In case tak cukup tunai, boleh terus cucuk dan keluarlah duit juta-juta. Kih kih.

7) Untuk booking hotel dan perkhidmatan supir, cari dan survey dan bandingkan harga. Berpatutan atau tidak.

8) Pastikan bagasi anda bertanda. Aku akan letak tag dan riben merah. Biar mata jelas nampak.

9) Bawa ubat basic seperti minyak cap kapak, panadol dan ubat sakit perut.

10) Bawa international plug. Lain negara lain jenis plugnya.

11) Tukaran mata wang. Pandai-pandai korang survey money changer mana yang tawar harga terbaik. Time aku pergi 1 juta = RM 316 kalau tak salah. Tukar duit kecil untuk rupiah sebab ada yang tak bagi balance nanti.

12) Simpan keratan yang akan diberikan dalam flight semasa penerbangan ke Bandung. Keratan akan dikutip semula bila nak balik Malaysia.

13) Dah sampai, belilah simkad Simpati. Jimat harga untuk mesej dan telefon. Nanti aku bagitahu cara jimatnya macam mana sebab ada kod yang diguna. Jangan beli di airport sebab mahal! Beli kat kedai biasa okay.

14) Asingkan duit tax Rp 75,000 untuk setiap seorang. Kanak-kanak aku tak pasti kena atau tak tapi untuk dewasa WAJIB.

15) Boleh juga sediakan duit kertas RM 1 sebagai ole-ole dari Malaysia. Bawa gula-gula pun okay sebab kawan aku buat macam itu tapi aku bawa not RM 1 lebih kurang RM 20. Diaorang sangat gembira bila dapat tau.

16) Sediakan list kecil untuk nilai tukaran. Senang bagi yang payah benar nak convert dalam rupiah, dalam Malaysia. Buat jadual kecil saiz poket. If nak, boleh bagitahu dan aku akan emelkan. Tolong emel terus daku fashanusha@gmail.com.


Antara blog yang boleh dijadikan sumber rujukan anda :

1) Admya  { banyak info mengenai hotel }
2) Nadia 
3) Hanna Si Merah Jambu 
4) Dunia Cik Anita 


Aku rasa ini dulu. If ada penambahan, aku akan update okay. Yang penting korang harus rajin study tempat orang macam mana dan peel orang. Selamat bercuti kepada yang bakal bercuti pertama kali mahupun berulang kali.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Friday, May 31, 2013

Antara barang yang sempat dibeli di Bandung Indonesia

Ikutkan hati taknak tunjuk apa barang yang sempat aku rembat tapi memandangkan ada yang minta, okay aku gagahkan juga ya. Moga yang nak tengok tu puas hati. Hihihihi.


Mungkin gambar yang ditunjuk tak semua yang ada. Ini antara randomlah senang cerita. 


PASAR BARU BANDUNG

FM untuk kawan-kawan dan kalian


bagasi pink untuk diri sendiri


kain pasang untuk diri sendiri dan kawan




Beg duit beli di Cibaduyut


kain pasang lace dan kosong untuk diri sendiri


sehelai kain batik untuk mak


100 pcs pin kartun


KAWAH PUTIH




CIBADUYUT






KARTIKA SARI








DALAM FLIGHT



Yang di atas antara gambar yang sempat aku ambil. Jadi antara yang tiada dalam gambar termasuklah :

1) 2 pasang telekung
2) Sehelai baju raihan
3) 10 helai bawal plain
4) 2 pen bandung
5) 10 helai tshirt Bandung
6) 4 pasang sandal
7) Perfume Gucci Flora


Dan lain-lain. Aku pun lupa tapi bagasi aku 2 termasuk sumbat dalam bagasi pink baru dibeli dan beg galas belakang aku penuh. Sebab itu aku minta abah aku jemput. Tak mampu nak naik bas seorang diri dengan muatan sebegitu. Kih kih.


Jadi, barang-barang di atas adalah antara termasuk amaun PERBELANJAAN yang kalian tengok dalama senarai { ini }. Berbaloikan dengan harganya? Sangat banyak barang yang anda boleh bawa pulang ke Malaysia.


Rasa macam lepas ini nak ke Vietnam tapi tak tahulah tahun bila. Hahahah.


Update : Bagasi pink RM 110 


Perbelanjaan kasar yang diperlukan untuk bercuti ke Bandung, Indonesia ( kos seorang )


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

Thursday, May 30, 2013

Perbelanjaan kasar yang diperlukan untuk bercuti ke Bandung, Indonesia ( kos seorang )

Mula-mula nak bagitahu, ini adalah jumlah pengeluaran duit yang "berjaya" digunakan sempena nak bercuti ke Bandung, Indonesia. Gigih kau duit laju macam air. Hahahaha. Anggaran kasar okay.


PERJALANAN, TIKET KEMASUKAN,  KENDERAAN & PENGINAPAN 

1) Tiket kapal terbang pergi & balik : RM 253
2) Tiket bas dari Ipoh - Hentian Duta : RM 18.80
3) Penginapan di hotel, tiket Kawah Putih & bayaran supir : RM 300 ( untuk 4 hari termasuk jemput dan hantar ke airport )

TOTAL = RM 571.80


MAKAN & MINUM

Dari airport Malaysia, sepanjang berada di Bandung dan dari airport Bandung
Anggaran kasar : RM 70

TOTAL : RM 70.00


HARI KEDUA DI BANDUNG ( 18/4/2013 )

1) Beli topup ( simkad supir bagi pinjam , baikkan? ) : RM 22.90 ( terlebih cukup untuk 4 hari )
2) Hasil membeli belah di Pasar Baru : RM 674.40
3) Makan dan minum : Ayah kawan belanja

TOTAL : RM 697.30


HARI KETIGA DI BANDUNG ( 19/4/2013 )

1) Berbelanja di Kawah Putih : RM 13
2) Berbelanja di Cibaduyut : RM 83
3) Berbelanja di Kartika Sari : RM 120

TOTAL : RM 216.00


HARI KEEMPAT DARI BANDUNG KE MALAYSIA ( 20/4/2013 )

1) Bayaran tax di airport : Rp 75 000 / RM 24
2) FM Air Asia : RM 29
3) Tol dan minyak untuk abah sebab jemput ambil dari Perak : RM 100

TOTAL : RM 129.00


PERBELANJAAN LAIN-LAIN

1) Terlebih, terkurang @ tidak perasan : RM 50

TOTAL : RM 50.00 


Total keseluruhan selama 4 hari dari Malaysia - Bandung - Malaysia
RM 1734.10 / secara kasar


Itu belanja untuk aku seorang. Bab beli belah itu bergantung kepada anda. Banyak beli, banyaklah belanjanya. Sikit beli, sikitlah belanjanya. Paling sikit bawah RM 1 000 pun korang dah boleh melancong ke sana.


Tak percaya? Boleh google dan tengok ada yang bawah RM 800 pun boleh pergi sana. Tapi mungkin dapat beli sehelai telekung, satu seluar jeans, ole-ole sikit, makan minum cukup-cukup.


Bagi aku, untuk amaun di atas dah berbaloi. Lagipun ada yang boleh dapat tiket pergi balik RM 100. Ikut nasib dan promosi. Ini pengalaman pertama aku, lepas ini boleh ambil iktibar mana yang patut.


Anda pasti ada inisiatif tersendiri untuk kurangkan kos mana yang patut. Apa-apa pun enjoy your holiday!


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^