tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, January 07, 2015

Cara mudah untuk buat telur separuh masak

Selalu aku buat telur separuh masak mesti tak berapa nak separuh. Separuh masak terus, separuh jadi setengah masak. Eh, apa ayat aku ini!




Kalau kat opis guna microwave tapi pagi tadi sebab aku "rajin" masak, aku sediakan 2 biji telur sebagai sarapan.


Macam tak percaya bila pecahkan, wahhh menarik! Puji diri sendiri. Hahaha. Aku ikut cara mak aku. Kira ajaran mak.


Caranya :

1) Basuh bersih kulit telur
2) Masukkan air dan pastikan telur tenggelam dalam periuk
3) Buka api untuk masak


Berapa minit? Bila nak kena tutup?


Haaa ini tips mak aku. Bila kau nampak saja air tu dah berbuih, ala naik buih-buih kecil dan mendidih, terus tutup api. Aku anggarkan tak sampai 2-3 minit. Tutup api dan biarkan sekejap telur tersebut ( dalam 2 minit ).


Buang air, basuh periuk dan ketuklah telur anda. InshaaALLAH menjadi separuh masaknya.


Buat telur separuh masak pun nak share. Eh, tak semua orang reti tau! Krik krik krik.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

16 dak comei sayang YUI:

AnneRaini said...

akak tak suka telur separuh masak...geli tang kuning lembik tu..hehe

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam yui,
akak SELALU dok kena buat half boil egg ni tau3
ater anak akak peberet bebenor
he3

Ujie said...

hehe..ok apa share. saya suka mkn, bila buat kdg terlebih masak, kadang terkurang masak.

ok, nanti try tips tu. :)

Ujie said...

blogshop akak: almaribajuaisyah.blogspot.com

jap lagi akak edit masukkan link biz Yui ya. TQ.

zazanizam said...

bagus apa share yui, benda simple mcm ni kadang org tak ambik port sangt.. zaza pun kadang2 buat tak jadi hahaha.

Chot said...

Mmg xreti..main agak2 je..haha.nice tips. Bole cuba

eima said...

kecik2 aku mkn telur gini tp dah tua ni ... tak lalu la plak ... tatau nape

Rapunzel Cikilolo said...

Aku pun amalkan basuh telur before ape2 masakan.

Insya allah menjadi

Ibu Lala said...

Akk mmg x reti buat secara manual klw x de bekas kuning tu. Mmg fail la

achusara said...

aha..favourite! letak kicap plus blackpepper..yummy !

lynndamya said...

Salam, haha betul tu yui, kadang sy buat pun xjadi :p bila abah sy tanye, konfident sy jawab eh, lynn tahu lah..kan sennag je..haha :p

Azhafizah Md Nor said...

fiza tak suka telur separuh masak..jadinya memang tak arif bab masak telur separuh masak ni..tapi kalau ade org request bolehlah cuba tips yui ni..tq yui :)

eMMe said...

btol tu yui... jadi menarik yui punye teluar setengah masak... leh try ni... harap jadi cantik cam yui ni la..heeee~

QUEENPINK said...

queenpink kurang suka telur separuh masak :)

CT Humairah said...

eeeyh betul.. kena ada gaya dan teknik tersendiri. skill kena betul. tapi CT tak makan hehehe

Azizah Green Line said...

Ehh memang xreti tau.. hehehe