tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, February 16, 2016

Resepi mudah : Spaghetti terlajak sedap berlemak!

Ada satu malam tu, aku memang takde beli apa-apa untuk makan malam. Buka peti ais, nampak spaghetti. Lepas itu tengok bahan, takde banyak. Kira ala kadarla. Kotlah buka ada nampak sos bagai, memang takdelah kekdahnya!


Dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dalam peti ais. Aku main hentam kromo masak. Hahahaha!


Bahan-bahan :

1) Sedikit spagehtti ( ikut kuantiti nak makan )
2) Bawang putih 3 ulas ( lagi banyak lagi sedap )
3) Lada hitam ( serbuk pun boleh )
4) Mentega jenama buttercup ( sebab terasa lemak )
5) 2 sosej ( potong )
6) 1 keping daging ayam burger ( dicincang )
7) Sedikit garam
8) 1 kotak kecil air susu ( ikut keperluan nak letak lebih pun boleh )
9) 1 keping cheese ( dicincang )


Cara-cara :

1) Celur spaghetti ( lebih kurang 10 minit ). Dah lembut, angkat dan asingkan dari air panas.
2) Dalam kuali lain, panaskan buttercup hingga cair
3) Masukkan bawang putih & lada hitam. Tumis hingga naik bau
4) Masukkan daging & sosej
5) Campurkan susu. Biar berkuah sebab bila letak spaghetti, akan meresap. Tunggu menggelegak sedikit.
6) Masukkan spaghetti yang telah ditos tadi.
7) Gaulkan sebati. Masukkan garam secukup rasa & cheese. Gaulkan lagi.


Siappp !!




Kalau nak berkuah, lebihkan susu. Takde masalah nak campur kemudian.




Sebab makan tak habis, jadi aku bawa bekal keesokan pagi. Nampak tak berkuah? Sebab aku panaskan dan masukkan lagi susu. Serius, sedap ok. Sangat sesuai untuk orang yang suka lemak & cheese.


Bila rasa, macam kat kedai yang jual sepinggan RM 12 tuu tauuuuu. Cubalah ya!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

13 dak comei sayang YUI:

AinAthirah Anuar said...

berlemak betul ni. emmmmmm yui tetiba ain rasa nak lunch western harini T.T

eima said...

ni dah mcm carbonara versi simple

wahida said...

sedapnya yui oiii...aku ni dah la hantu cheese ngan lemak berkrim mcm ni...confirm aku try resepi ko ni...

Rizziela said...

kita buat bekal anak lah esok kan..senang & cepat

Siti Rohaida Yusof said...

pebret akak ni..sedap...

Mrs Velentine said...

yummy

Sally Samsaiman said...

kira ala-ala macam carbonara la ni? :P

zazanizam said...

best pulak tgok.. lama dh tak buat spageti

Bro Framestone said...

Kena cuba nie

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Yg simple2...xcukup bahan ...yg jd lbh sedap Yui..hehehe

Ana Fatihah said...

Sodappnya spagetti. Saya dahlaa pggemar cheeseeee! :P

Nurul Baidurah said...

tak minat lah makan sphagetti...

Azhafizah Md Nor said...

Okay gak cuba ni..kotlah sos xde kan.boleh cuba masak macam yui