tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, November 18, 2015

Penurunan berat badan vs ukur lilit

Hujung tahun 2013 aku cuba diet Atkins, alhamdulillah memang nampak hasil. Tak lama pun aku buat sebab dah dapat apa yang aku nak.


Lepas itu, makan pun dah pandai biasa-biasa. Takde dah sangat macam dulu, air manis memanjang, coklat sentiasa di sisi. Air masak langsung takmau telan! Itu kisah dululah sebelum aku kenal diet Atkins.


Ehhh, macam melalut dari tajuk.
Sebenarnya dulu aku buat diet, target utama aku memang nak kurangkan berat. Gila sangat rasa gemok dengan ketinggian lebih kurang 159 cm, berat badan dah mencecah 65 kg! Itu kira tahap rendang tak sesuai dengan badan. Hahahah.


Lepas dah tak ikut diet atkins, aku rajinkan diri bersenam benda mudah.
Paling best ketika diet, berat aku kurang beberapa kg saja tapi tang ukur lilit memang terbaik!


Jadi dari situ, aku lebih suka titikberatkan pengurangan ukur lilit atau inch lost berbanding kurang kg semata.


Kenapa?
Sebab bila beli baju orang takkan tanya berat badan, tapi orang akan tanya saiz. Aku pun tak pasti kenapa aku jaga badan aku walaupun perut membuncit dengan jaya. So, sekarang motif utama nak atasi/kurangkan buncit.


Belum kahwin dah buncit, hahahahaha!


Kalau korang, korang pilih yang mana?


Nak tahu perjalanan aku dengan diet Atkins
[ entry ]






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

15 dak comei sayang YUI:

Inani Hazwani said...

Kita pun dalam misi menurunkan berat badan sekarang. hehehe

eima said...

akak nak berat dik .... hahahha

SYANI said...

Akak lagi rendang dari ko dik...
Tapi akak pun prefer kurang ukurlilit dari berat badan
Baru senang nak beli baju...hahahaha

Rizziela said...

Akk skg ni pun buat diet Atkins.. tp selalunya ke laut..tp dlm kelaut pun..masih turun KG.. .ukur lilit pun dah byk loose.. baju2 lama pun dah boleh pakai balik dah skg

wahida said...

caiyok yui!! mesti boleh punya...

Unknown said...

Akak pun rasa ukur lilit tu lagi penting..biar la berat berapa pun asal mata orang nampak kita kecik sikit dari sebelumni..heheh

Unknown said...

husna kali ni dah naik laa kak yui!! matilaa.. mama pon dah ckp anak dya ni dah berisi balik cuti mid sem hari tu.. :D

Eintan Nurfuzie said...

sungguh.. yg penting perut x boroi

nurhuda said...

eh berat and tinggi kita lebih kurang sama. hm kene amal diet ni. nice sharing ;)

AtieYusof said...

kalau akak sis..memang lagi suka kurang ukur lilit kot..sebab senang nak cari baju..hihi

Kira Sakura said...

pilih dedua kot. lebih seimbang rasanya. rasanyalah je hihihihi

Zafirah Kama said...

ahaaa ! betoi jugak..

tapi,berat pun kena kira jugak..,

EkaTikah said...

saya pilih dua2 kak. haha. on diet dan sedang rajin bersenam. :P

Cik Ash said...

kak ekin masa zaman anak dara tang perut buncit smpai loni x hilang org sangka mengandung dh ni

Siti Yang Menaip said...

uuish kira lama jugak da Yui buat atkins eh..
nanti boleh tunjuk ajarla.. itew nak kecik2 gak nanti xdak yang nak kat itew haahha..