tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, December 14, 2016

#MyTravelokaEscapade - Percutian Idaman ke Bali

Siapa yang tak suka bercuti?
Pastinya setiap orang ada percutian idaman sendiri
Percutian yang dapat merehatkan minda & melihat suasana luar dari kebiasaaan


Korang tahu pasal TRAVELOKA
Merupakan satu laman web yang memudahkan urusan kita untuk membuat perbandingan melibatkan flight tickets & hotels
Kita boleh survey hotel bajet sehingga ke hotel bertaraf 5 bintang dengan harga promosi
Nak beli tiket penerbangan pun mudah!
Pilih sahaja destinasi mengikut bajet anda


Perkhidmatan Traveloka adalah 24 jam 7 hari seminggu
Jadi, dah tentu takde masalah kan untuk kita
=___=


Kalau Traveloka nak belanja Yui bercuti, destinasi pilihan Yui haruslah Bali, Indonesia
Tempat menarik yang sesuai untuk honeymoon. Ehhh ehhh ;) 
Takpe, sekarang nak pergi ketika berstatus bujang. Boleh view seorang dulu sebelum berdua




Ada 10 destinasi yang diberikan tapi Yui pilih Bali


Kenapa Yui nak sangat pergi ke Bali?
Yui suka pantai & suasana yang menyamankan
Lagipun suka melihat keseniaan & kebudayaan yang unik & menarik
Maka, Bali ada pilihan tepat untuk Yui!



Kalau dapat pergi Bali, tempat yang WAJIB Yui pergi haruslah


1. PANTAI PADANG PADANG


Yui dah bagitahu tadi yang Yui sukakan suasana pantai
Jadi ini wajib ada dalam list untuk dikunjungi
Cantik sangat view nya kan?


2. PANTAI LOVINA



Apa yang Yui baca, Pantai Lovina ni kita boleh nampak ikan lumba-lumba
Best kan kalau nampak depan mata
Selalu tengok dalam cerita aje
Bila nampak real, pasti lain feelnya!
Mesti comel belaka ikan lumba-lumba ni


3. PURA TANAH LOT


Ada satu kuil yang terletak di laut
Apabila air surut, pelancong boleh berjalan kaki ke kuil tersebut
Jika air pasang, boleh tengok dari jauh sahaja sebab dipenuhi air dan dah tentu kelihatan cantik
Juga banyak dijual cenderamata di sini
Boleh beli bawa ole-ole untuk sahabat handai kan


4. PURA LUHUR ULUWATU


Lagi destinasi wajib yang Yui teringin nak pergi
Cantik sangat air nya
Apa yang menarik, di sini ada Kecak Dance
Bolehlah tengok tarian & kebudayaan orang sana
Dah pergi ke negara orang, haruslah tengok sendiri
Juga merupakan antara tempat terbaik untuk melihat pemandangan matahari terbenam


5. WAHANA WATERBOM BALI



Telah diiktiraf sebagai waterpark terbaik oleh TrpAdvisor
Terdapat 9 jenis permainan seperti Smash Down, Funtastic, Pipelin, Boomerang, Super Bowl,
Boogie Ride, Lazy River, Race Track dan, Climax.
Mempunyai luncuran seperti ular dan air yang sangat tenang
Sangat sesuai untuk seisi keluarga bagi bersantai



6. PANTAI JIMBARAN



Kata tadi nak berhoneymoon dengan tersayang, di Pantai Jimbaran adalah tempat terbaik
Sebab kita boleh menikmati makanan di tepi pantai dengan suasana yang romantik!
Makan malam ditemani lilin dan deruan ombak
Juga ditemani alunan dan tarian tradisional rakyat Bali
Dok terbayang-bayang dah berada di sana weii!!



7.  PASAR SENI SUKAWATI



Tak sah kalau ke tempat orang, kita tak beli ole-ole untuk di bawa pulangkan?
Jadi tempat yang sesuai untuk beli cenderamata di bawa pulang
haruslah di Pasar Seni Sukawati


Terdapat pelbagai barangan yang dijual seperti baju, keychain, lukisan
Yang paling menarik, di sini tawar menawar dibenarkan
Adalah lebih baik kita pergi di saat kedai baru dibuka sebab orang sana percaya
Orang yang membeli di awal pembukaan memberi rezeki buat mereka


Fuh, kalau ikutkan hati banyak lagi tempat nak pergi kalau sampai ke Bali
Terutamanya pantai-pantai yang menjadi tumpuan para pelancong
Indah sungguh saat menikmati deruan angin di tepi pantai
Nampak tak Yui dah berangan lebih ni, hehehe.


Moga ada rezeki Yui untuk menang dan bercuti dengan TRAVELOKA
Doakan ya, InshaaALLAH







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

9 dak comei sayang YUI:

Zafirah Kama said...

Good luck Yui...

Orked said...

all the best. sya ade gak book kt traveloka ni. nanti sya share klw rajin. hehehe

eima said...

good luck yui .... tp traveloka ni best juga sbb bukan harga hotel je promo sekali ngan tiket flight ...mudah nak cari harga yg murah

PERMATABIRU said...

GUD LUCK YUI SILALAH bawa saya bersama ^_^

♥ aiNa yaZiD ♥ said...

good luck dear ! =)

Unni anje said...

GOOD LUCK MOGA IMPIN MJADI KEYATAAN..

Unknown said...

good luck yui..Nak kawen dah ye??

Busyra Takiyudin said...

gud luck yui.. :)

Azhafizah MN said...

seronoknya dapat pergi bercuti ke Bali..banyak tempat best!