tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, January 20, 2017

Resepi Mudah : Cendawan Shitake Sos Tiram

Keliru nak letak nama menu apa, dan memandangkan itu bahan asas, kita namakannya itu jelah ya. Tak perlu tengok pada nama tapi nilai pada rasa. Ewahhhhh. Hahahaha!




Bahan-bahan

4 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
Cendawan Shitake ( 10 ketul dipotong kecil )
Sedikit udang
Sedikit daun sup ( bagi bau yang harum )
4 sudu sos tiram
2 cawan kecil air
Sedikit garam jika perlu ( rasa dulu sebelum letak sebab sos tiram dah rasa masin )


Cara-cara

Tumis bawang putih & bawang besar hingga naik bau. Masukkan udang, kemudian tambah air. Letak sos tiram & cendawan shitake. Biar kejap hingga mendidih. Masukkan garam jika perlu. Dah nak masak, masukkan daun sup dan terus tutup api. Selesai!



Yang ini masak untuk keluarga
Takde udang tapi tambah bunga kobis & lobak
Makan dengan kotiau


Sorry ya,
Yui masak ikut cara Yui. Korang boleh add lada hitam dan sayuran lain seperti lobak/putik jagung mengikut citarasa. Sesuai dimakan dengan nasi/kotiau. Resepi ringkas dan siap bawah 15 minit.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

9 dak comei sayang YUI:

Norhayati Mohd Isa said...

Sedap makan dengan yee mee ni Yui..
Anak akak suka sangat..

Cik Itah said...

terliur sy tengokk.. singgah petang sini yui :)

eima said...

menu sihat ... tp akak tak suka masakn berasakan sos tiram ... ... tekak ni cerewet benor ....haha

Kakzakie Purvit said...

Dah tentu kita yg masak memang ikut citarasa kitalah
Tapi kakak tengok terliur juga Yui:)

aRz MoHa said...

nampak sedap...nak kena cuba juga ni

✿Cik Cappuccino Latte ✿ said...

wah..resepi yg menarik

Kak Nab said...

tq sudi sharing :-)

Azhafizah Md Nor said...

sedapnya cendawan shitake ni..ratah cendawan ni pun dah cukup kenyang :)

Kak Long said...

Menu diet ni..
Cepat masak dan berkhasiat.. (y)