tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, July 13, 2015

Kucing ke-11 dimandulkan : Kiut

Alhamdulillah 9/7/2015, seekor lagi kucing kesayangan keluargaku berjaya dimandulkan. Aku kena buat cepat sementara adik perempuan bercuti 2 bulan ( senang dia bawa ). Nak harapkan aku, cuti tengah beku sebab ada staf cuti bersalin.


Proses memandulkan kucing jantan dipanggil neuter & kucing betina dipanggil spay
Neuter adalah proses di mana kedua-dua testikal kucing jantan akan dibuang
Spay adalah pembedahan di mana bahagian uterus, tiub fallopio & ovari kucing dibuang



Apa langkah yang perlu dilakukan?
1) Buat temujanji
2) Puasakan kucing lingkungan 8-10 jam sebelum pembedahan ( jangan makan dan minum )
3) Akan diberikan ubat pil antibiotik & ubat sapu
4) Kos pembedahan untuk spay kucing betina di veterinar kerajaan ( ikut tempat ) RM 80/ekor




Kiut pernah hilang seminggu ( disyaki dibuang oleh orang tidak bertanggungjawab ) dan dia berjaya jumpa rumah kami. Menitis air mata kegembiraan tengok dia walau keadaan dia saat itu sangat menyedihkan kerana sedang bunting.


Anak dia 2 ekor Che Ta & Zen [gambar anak]. 
Moga baik-baik hendaknya. InshaaALLAH.


Entry proses spay/mandulkan kucing betina :


Entry proses neuter/mandul kucing jantan :
Shinchan
Kaka
Muna


Doakan semua dipermudahkan. Terima kasih kepada mereka yang sudi membeli & menderma khas dana untuk meow.


Album jualan Dana Untuk Meow
[ link ]

Hukum memandulkan kucing
Baca & fahami
entry ]



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

9 dak comei sayang YUI:

Eintan Nurfuzie said...

buat kat sg siput ke? byk dh di mandul2kan.. ehehhe

Zai Zamree said...

byknya kucing

Dunia Zumal said...

Zumal tak pernah lagi buat proses nie, tengok kucing pak long Zumal lepas dimandulkan makin debab lak, suka tengok. Tapi tak mampu ler nak buat. Ada 12 ekor semua nie...

Anum said...

banyaknyaaaaaaaa

Syira Lokman said...

nak backlink free ? sila tinggalkan link di page BLOG SYIRA LOKMAN :D

Wak Lat said...

salam ramadhan cik nuyui tuu, semoga dipermudahkan ;p

ayut said...

Setel dh lg 1.alhamdulillah..demi menjaga kebajikan mereka kan...sgt paham...

Anum Abdullah said...

tidak kesakitan ka tu kucing kalau di mandulkan?

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah dah settle lagi satu urusan.