Aku copy semula kata-kata aku di dalam FB sendiri
Tolong baca & fahami betul-betul sebelum dengan mudah berkata itu ini atau lebih dikenali sebagai keyboard warrior.
Sedih bila ada manusia yang berkata" Kau mandulkan kucing itu, kau dah sekat nafsu dia "" Mandulkanlah nanti kau sendiri takde anak "" Akal kau letak mana sampai nak buat macam itu "
Aduhai. Orang yang mandulkan kucing tersebut pasti ada sebabnya. Bukan suka hati nak buat. Fikir logik.
Fikir pula keadaan di mana
1) Kucing semakin banyak, lepas itu buang
2) Bila dah mula memancut, buang
3) Bila dah banyak penyakit, buang
4) Bila dah tak cantik, buang
Lagi teruk bila di buang di kawasan tidak sepatutnya. Ada pula jalan mudah, campak ke mana-mana tanpa fikir kucing itu boleh cari makan sendiri, biasa dengan keadaan sekeliling. Ada fikir itu semua?
Kalau kucing bulu lebat/berbaka, dibagi percuma laju sahaja permintaan. Kucing biasa? Ambil masa dan kadang-kadang langsung takde respon. Kesian. Itu juga antara sebab nak dimandulkan.
Bukan suka-suka nak mandul. Ingat itu!
* Yui dalam usaha bagi mengumpul #danauntukmeowyui. Hasil jualan 100% akan disalurkan untuk tampung kos meow-meow. Boleh rujuk album :
https://www.facebook.com/media/set/…
Sangat Yui hargai andai ada yang sudi war-warkan jualan untuk dana ini. Terima kasih. Semoga ALLAH membalasnya.
Kalau rumah besar, tak mengganggu persekitaran jiran tetangga, haiwan bebas bolehlah bela banyak-banyak. Sayangnya rumah mak pak aku adalah dalam persekitaran rumah teres. Rumah yang tidak mempunyai tanah yang lapang. Dah lebih 4 tahun aku membela, maka sekarang masanya untuk aku kasikan mana yang boleh.
Kalau masih ragu tentang info pengkasian, boleh terus hubungi JAKIM. Itu lebih baik.
6 dak comei sayang YUI:
saya sangat SOKONG usaha yui tu, syabas!!!
saya jugak bela kucing, sangat sayangkan kucing...tentu sekali tahu perasaan tu
great info
Goodluck yui
semuanya utk kebajikan kucing sebenarnya..
ayat "mandulkanlah nanti kau sendiri takda anak"... sesuka hati je ckp camtu... mcm org xda perasaan... x elokla ckp bnda2 camtu...dorang xphm lg bab ni tu kan yui
Susahlah kalau mereka ada yg tak faham kan
Post a Comment