tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, May 22, 2014

Kenapa komen di entry tiada atau sikit?

Mula-mula kita kena tahu apa matlamat utama untuk setiap entry yang kita hasilkan?

1) Untuk dijadikan kenangan
2) Untuk orang ramai search dah terus jumpa entry
3) Nak dapatkan banyak komen
4) Saja suka-suka


Kalau tanya aku, pastinya tujuan utama nak berpokpek lebih panjang, nak dijadikan kenangan mana tahu nanti keluarga, anak, cucu, cicit boleh tahu kisah aku. Sentuh bab komen di entry, serious kalau dulu macam terfikir juga nak setiap entry kena ada komen dari blogger lain. Konon at least kita tahu ada orang baca.


Sekarang? Erm aku tak kisah. Sebab aku tahu setiap blogger ada alasan sendiri kenapa dia nak/tidak untuk drop komen di entry kita. 


Contohnya :

Tak komen sebab?

1) Entry panjang berjela dan ditambahkan dengan pelbagai cerita dalam satu entry
2) Entry bercerita pasal cinta, seks & benda lucah
3) Susah nak drop komen sebab ada word verification
4) Susah nak komen sebab guna widget yang telah diubahsuai
5) Entry melalut tak faham motif apa
6) Hanya sekadar baca sahaja ( silent reader )


Rasanya ramai di antara kita tergolong dalam (6) termasuk aku sendiri. Bukan bermaksud malas tapi kadang-kadang kita ada sebab tersendiri. 


Walau apa pun, inshaaALLAH setiap blogger yang komen di entry aku, aku akan jejak balas dan akan tinggalkan juga komen di entry kalian. Bukan sekadar membalas tapi lebih kepada rasa teruja & hargai apa yang kalian lakukan.


Korang ada nak tambah apa-apa? Jom share nanti aku updatekan. Boleh juga tahu pendapat blogger lain.


Mungkin nanti nak share macam mana nak tarik perhatian agar orang tinggalkan komen =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

17 dak comei sayang YUI:

Tie HT said...

akak kalau belum kenal memang suka jadi silent reader hihi :)

NAZLIANA SI CUTE said...

sama lah..xkisah sapa jengok kat blog ana pun..kn knn apa2 pun pucuk pangkl dia pd kita tujuan utk berblog..:)

Miza Idgihat said...

Betul tu kak. Kadang tertanya-tanya juga blogger yang boleh dapat commenter ramai tu macam mana. Kadang tengok dia udate kejap je dah ada orang comment in a few miniute. Ada kawan kata kena ikhlas masa kita update ni. Huhuhu wallahu a'lam. Nak tunggu entry akak lepas ni "macam mana nak tarik pengunjung" :D

Cik Itah said...

salam yuii..hehehe sy kadang jadi silent reader jua bila masa untuk drop komen tu terhad..jadi silent reader pun jadi la haha

IntaNBerliaN said...

a'aa betoi tu yui... dulu2 kan, akak suka baca entry org n tggalkan komen tapi skrg ya Allah... mls sungguh nak tggal komen... lbh suka baca je..

Aneez Jaafar said...

kalau panjang sgt mmg penat nak baca.. kdg tu komen jgk la nk dptkkan traffic kt blog kita.. boleh x niat mcm tu.. heehehee.. tp entry awak ni sy baca bg hadam habis la.. ya and i agreed with ur point of view.. keep it up.. :)

:: CIKVIVA :: said...

Sy setuju untuk point 3,4 & 6..

Unknown said...

kalau blog kawan2 akak komen2 jugak wlau dia cerita merapu sebab dengan blogger yang kita dah lama berhubung dia boleh tau cemana gaya kita komen.adakala kita bergurau,ada kala kita betul2 maksudkan nya..

tapi kalau dengan blogger yang baru nak kenal ,akak jarang komen2 sebab ada setengah benda kita tak boleh nak terus luah je..takut dia tak paham dan terasa pulak..jadi diam je la..baca dan diam..heheh

Unknown said...

kalau blog kawan2 akak komen2 jugak wlau dia cerita merapu sebab dengan blogger yang kita dah lama berhubung dia boleh tau cemana gaya kita komen.adakala kita bergurau,ada kala kita betul2 maksudkan nya..

tapi kalau dengan blogger yang baru nak kenal ,akak jarang komen2 sebab ada setengah benda kita tak boleh nak terus luah je..takut dia tak paham dan terasa pulak..jadi diam je la..baca dan diam..heheh

Unknown said...

tolong follow blog saya boleh.. kalau dah follow.. thanks ok.. blog awak bagus..cahayaliya.blogspot.com

Shida Radzuan said...

samalah dgn shida yui..kdg2 jejak pn cuma nk bca2..tgalkn komen skiranya perlu :) tp kalo blog kwn2 yg kerap singgah dn komen biasa shida bls yg sma lah skdar mghrgai pe yg dia bt gtu la :)

Azhafizah MN said...

masing² ade sebab masing² tapi bab word verification tu memang tak dinafikanlah

AnneRaini said...

akakpun selalu jadi silent reader saja..

Unknown said...

nana pulak kalau memang terasa nak komen,nana komen je...heeee.....kalau taktau nak cakap apa tu yg jadi silent reader^^ tapi untuk kawan2 yang mmg rajin komen blog nana,nana memang akan balas.slow2 komen entry dia..kalau banyak sgt yang ketinggalan, buat mana mampu je=)

Cik Rose said...

Ros pula, kalau sesama rakan blogger, alang-alang dah menyinggah, terus komen je :)

Unknown said...

jijah pula jenis pasti akan komen blog kawan2 tu setiap entry dia..melainkan ada sebab2 jijah xonline macam sakit hari tu ke..

Unknown said...

hi...