tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, October 10, 2014

Bakal berusia 26 tahun

Lebih kurang 8 hari lagi, jika mengikut kad pengenalan angka usia akan bertambah menjadi 26 tahun. Dah suku abadkan?


Tak begitu teruja. Tak begitu ternanti-nanti hari itu.


Sebab semuanya masih sama. Masih seperti biasa. Tiada perubahan.


Yang aku fikirkan, 
Apa yang aku sudah buat sehingga usia sebegini?
Apa kemajuan yang aku peroleh?
Apa kebaikan yang telah ku lakukan?
Apa juga dosa yang telah ku buat?


Banyak dan terlalu banyak. Seiring usia, moga seiring juga kematangan. Seiring juga untuk jalan hidup. Usaha & terus berusaha. Moga dapat ku perbaiki. Moga dapat ku atasi apa yang mendatang.


Maaf buat kalian andai ku bahasakan dirimu sebagai kakak/sis walau ku sendiri tak pasti berapa angka usia kalian. Anggap aku hormati kalian. Cukup.


Usia semakin menganjak, emosi juga semakin sensitif. Wahai insan bernama Nurul Farehah Binti Ahmad Shah, kembalikan dirimu yang dulu. Dirimu yang akan sentiasa tersenyum walau kedukaan melanda. Dirimu yang sentiasa ceria walau hati terluka.


Dah makin tua aku ini. Hahahaha! ( senyum paksa ).


Selagi kita hidup, selagi itu kena teruskan. 




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

nur anis said...

sekejap je rasa masa berlalu...kadang-kadang rasa macam tak tahu apa yang dah dibuat selama kita hidup ni kan..

Nurzakiah Hanum said...

semakin matang

safurara said...

eh kita sama lah yui.octobaby! hehehe.Happy birthday yui! semoga dipermudahkan segala urusan.

#JalanJalanKlikIklan

Rizziela said...

Happy birthday in advance..selamat menempuh hari tua :D

Mila Hilas said...

semoga besday yg akan dtg ni akn memberikan sinar baru utk hidup yui

aswadz said...

26 tu still muda kan. jgn ler nak bersedih sgt. baru suku abad. belum separuh. hehehe...

azizah :) said...

26 tu still muda lagi yui.. enjoy ur life~

AnneRaini said...

muda lagi yui...tapikan cer cepat sikit kenduri nasi minyak sbb akak nak makan..hehe

nida-razak said...

Xpe yui..masih muda lg.. =)

first time blogwalking sini, comei blog yui.. =)

Azhafizah Md Nor said...

usia mematangkan kita Yui :)

Siti Rohaida Yusof said...

usia bukan penghalang untuk kita terus maju ke hadapan...