tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, October 31, 2014

Pengakhiran cerita selamat pengantin madu

Nak kata aku follow setiap minggu tidaklah juga. Ikut mood kalau nak tengok. Tapi sejak dua tiga minggu aku duk tengok cerita selamat pengantin madu di tv 3. Mula tengok menyampah tapi bila fikir memang ada yang terjadi di alam realiti.


Malam tadi adalah episod terakhir dan pastinya aku nak tengok apa pengakhirannya. Bermadu selamanya atau habis madu sepah dibuang? Akhirnya isteri kedua diceraikan dan kembalilah kepada isteri pertama. 


Moral yang aku nak simpulkan


1) Lelaki, walau anda ada hak untuk berkahwin hingga 4 tapi tolong fikir kemampuan diri itu terlebih dahulu. Jangan sekadar mudah jatuh cinta tapi tanggungjawab entah kemana.

2) Perempuan, andai rasa diri tak mampu untuk berkongsi kasih sayang, jangan di cari lelaki yang masih beristeri. Andai tak mampu nak bendung rasa cemburu, elakkan sebaiknya. 

3) Anak, anda mungkin hanya mangsa keadaan andai ibu dan bapa tidak bersepakat. Maka bersabarlah dalam dugaan yang dihadapi.


Serious, awal-awal aku tengok dulu memang meluat sungguh terutama dengan perangai gedik bini kedua. Siap cakap takkan hormat bini tua. Apa hal? Dan pengakhiran semalam memang sesuai sangatlah. Bagi pengajaran.


Eh emo pula aku cerita bab ini! Hahahaha. Apa pun, kalau berbini lebih satu dan pandai handle takpelah. Tak semua bini kedua itu jahat. 


Contohi poligami Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman. Ambil yang baik. Isteri-isterinya bersama terbitkan satu buku. Bahagianya mereka. Cemburu daku tengok.


Sekian.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

10 dak comei sayang YUI:

Nurzakiah Hanum said...

anum x sempat nk tgk semalam

nur anis said...

tak pernah tengok..huhu...

Nor Adzwaty Rokkafella said...

dah habis eh...huhuhu lama x follow...rupanya sdh habis...sbb dia main lewat sgt...jam 10...jam segini mmg akak dah lena di buai mimpi hehehe

Sally Yatiey said...

Ending terbaikkkkkk ;)

lynndamya said...

Salam, haha sy xtgk pun citer tu...bab2 citer2 cam madu2 ni, rasa begitu sensitif nk tgk...T_T

Ibu Lala said...

Akk tgk gak smlm. Padan muka bini no 2 tu. Dah la rampas suami org. X nak respek plak tu. Pntgkan diri sendiri betul. Nasib la zul x rujuk balik.

Diana Rashid said...

Akak tengok pun dah hujung2..kenapa bini no 2 kena cerai??

ziezah.com said...

memang xfllow pon..

Azhafizah Md Nor said...

kalau berkahwin lebih tu memang kena betul² adil..apepun kahwin 1 je dah cukup bahagia kot kan :)

At-Tarmizi said...

hmm..yang jadi mangsa anak-anak =)

http;//seronoknyermelukis.blogspot.com