Dah nak hampir setahun follow diet atkins itu pun kejap on kejap off. Peringatan! Sangat tak elok kejap on kejap off sebab boleh membahayakan buah pinggang, Itu yang aku baca komen mereka yang merujuk pada doktor.
Jadi bila dah diet, buat betul-betul. Bukan susah pun tapi kena set minda dengan tepat. Adalah lebih baik selalu rujuk doktor untuk check tahap kesihatan kita ( sayangnya aku tak buat ).
Progress diet aku pula macam mana?
Alhamdulillah sekarang aku dah di tahap BMI yang normal. Dengan ketinggian 157cm dan berat 55-56kg, itu dah cukup selesa dan sesuai. Berat aku naik dari 54.5kg selepas sedap membantai makan ketika Raya Haji. Miahahahaha.
Ikutkan sekarang aku dah boleh makan macam normal. Hanya perlu kawal. Exercise pun aku malas dah buat sekarang kecuali squat & skipping. 4 jenis fasa dalam diet atkins yang diberikan, perlu diikut dengan tertib untuk dapat result yang terbaik.
Jadi lepas ini, mungkin berhajat nak dapatkan 50kg. Itupun kalau mampu. Kalaulah ya. Hahaha.
Sekarang, selalunya seminggu 2 kali saja aku makan nasi. Hari Sabtu & Ahad, itu pun selalu "menumpang" pinggan makan mak aku. Nasib baik mak aku layankan saja anak sulungnya ini.
Kepada yang sedang berdiet atkins, good luck! Jika anda memahami dah ikut cara yang betul, inshaALLAH ada hasilnya. Rajinkan membaca.
Nak ketahui tentang aku vs diet atkins
Boleh rujuk tutor/tips
13 dak comei sayang YUI:
saya tak amalkan diet atkin tapi nak kurus...macam mana nak selesai masalah tu hiksss :)
kata orang diet atkins ni kurang sikit.apa yang penting,ikut nasihat doktor lagi baik.excercise dan pemakanan juga perlu seimbang supaya badan kita cukup diberi apa yang sepatutnya..
akak nak kurangkan 4kg lagi jadilah tp sejak raya haritu berat turn naik tang tu je..nyampah tau.
good luck dik
adoi yui berat kita ni menten je 52. geram betol. hahaha
seminggu 2x je makan nasi yui?? jijah 1hari 2x kaoo...hahaha
semoga tercapai target =)
http://seronoknyermelukis.blogspot.com
Setuju...
Sy pernah ikuti diet atkins...tp rasanya x serasi dgn sy...x sanggop rasanya menanggung pening dan badan menggigil kerana kurg karbo dan gula...
sy prefer kpda diet seimbang...walaupon hasilnya agak lambat tp sy selesa dan tidak tertekan...sehari 4 sudu nasi...selang selikan dgn wholegrain bread...seminggu nasi 2 kali dan roti 5 kali...selebihnya sayur2an..dan buah2an...sy elakkan terus makanan berlemak..berminyak...dan fast food... =)
Em, bahaya juga klw skip2 ea boleh rosak buah pinggang
good job yui..bukan senang nak berdiet atkins ni kalau jiwa tak kental dengan dugaan makanan..huhu
dah smpai target ka yui...
eca da kelaut da yui..sejak2 keja kt opis ilp ne...diet hbs kelaut.tiap jumaat asik makan besarrr aje
Post a Comment