tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, October 16, 2014

Permintaan untuk mengetahui cerita sahabat

Tujuan aku berkongsi kisah sahabatku adalah untuk dijadikan iktibar. Dijadikan peringatan buat kita bersama. Jangan salah tafsirkan. Yang baik kita ambil dan yang buruk kita tinggalkan.


Ada blogger yang berharap untuk tahu lebih lanjut kisahnya. Tiada apa yang boleh ku kongsikan. Lebih kepada pemerhatian & berharap beliau tabah & terus kuat untuk hadapi kehidupan seterusnya tanpa seorang suami.


Aku berkongsi mana yang mampu & layak untuk dikongsikan.


Hingga saat ini, beliau masih update status di FB. Gaya penulisannya nampak teratur & tenang. Tapi ALLAH lebih mengetahui isi hatinya. Kita hanya nampak dengan mata kasar.


Kita sebagai kawan, sangat digalakkan memberi dorongan & kata semangat. Teringat ketika aku ziarahi arwah, ayahnya meminta kami bagi sokongan untuk anaknya. Sebak ku rasa ketika itu.


Apa pun, kita doakan yang terbaik. Kehidupan mesti diteruskan. Kena kuat demi semua. 


Al-Fatihah.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

azizah :) said...

pada masa ni beliau msh bersedih lg kan.. moga dia tabah.. n sbg sahabat kita dorong dia bg kata2 positif

Nurzakiah Hanum said...

betul tue
itu la gunanya bersahabat

IntaNBerliaN said...

Allahuakbar... mesti parent kwn yui tu pun risaukan ank dia kan.. mmg ank dia perlu sokongan kwn2 n family skrg ni

Mila Hilas said...

btl tu..dia mmg isteri yg kuat sb msh mampi update mcm biasa

Muzai Samilan said...

kadang2 bila jadi macam ni kite secara x langsung akan jadi kuat.. sbb kita tahu hanya kita sorg je yang menanggung.. dan utk elakkan rasa serba salah orang sekeliling.. tapi dalam hati.. Allah saje yang tahu.. Kalau kawan nuyui perlukan bahu untuk menangis, bagilah... sebab menangis ni boleh buang sekali rasa yang ditanggung.. aduiii banyak plak menulis.. huhu

aniswany lazim said...

Allah...sedihnyaa..anis baru baca entry yg lpas.betol yui,berat mata memandang berat lg bahu memikul..sama2 doakan dia tabah dan suaminya ditempat org2 beriman

Ann Ishak said...

al-Fatihah

Diana Rashid said...

kesian dia..mungkin waktu ni dia cuma nak kan ketenangan..

lynndamya said...

Semoga Tuhan tenangkan hatinya..tq update ;)

Azhafizah Md Nor said...

dugaan yang berat untuk dilalui..mungkin ia akan ambil masa..

zarulfarhana said...

betul tue.. sokongan dari family dan kwn2 dpat buat dia kuat...