tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, March 16, 2015

Kenduri kahwin di Pahang

Semalam aku, mak, abah, opah & makcik satu kereta bergerak ke Pahang. Ke Jengka 16 kalau tak silap. Ada majlis perkahwinan saudara bau-bau bacang. Memandangkan itu anak terakhir yang kahwin, haruslah pergi.


Gerak pukul 6.15 pagi, sampai jam 10 pagi. Alhamdulillah urusan pergi dipermudahkan.
Lepas saja makan tengahari, terus bergerak ke rumah saudara lain di Jengka 4.
Fuhhhh, jauh tersasar sampai nak menghala ke Maran disebabkan tiada signboard tunjuk arah Jengka 4.


Bila dah patah balik, baru ada signboard.
Dah masuk simpang, ada lagi banyak simpang. Yang penting, jauh juga perjalanan dari setiap jengka ke jengka lain.


Dah lawat opah saudara, terus gerak balik lebih kurang jam 3 petang.
Silap jalan, dalam sejam baru nak jumpa jalan menuju highway.
Akhirnya sampai SS terlewat sejam.


Waktu pergi, 4 jam
Waktu balik, 5 jam


Apa pun, alhamdulillah urusan dipermudahkan. Yang penting Opah seronok sebab dia yang beriya nak pergi. Hehehe.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

6 dak comei sayang YUI:

Nurzakiah Hanum said...

alhamdullilah

Inani Hazwani said...

nani yang asal di pahang ni pun selalu sesat bila nak ke jengka. haha

mun said...

janji opah happy :) kan..

Tihara said...

wahh gi jengka eh
tempat tumbesaran akak tu..
akak pun ada sedara di j 16 :)

azizah green line said...

opah happy dah cukup buat kita gembira senang hati

Azhafizah Md Nor said...

Jauh perjalanan Yui.Sesambil tu dapat jalan²