tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, March 12, 2015

PETUA : Elak mata berair ketika kupas banyak bawang

Kita kongsi petua-petua dari mak kita. Turun temurun dari maknya mungkin. Mehmeh.


Ada satu hari, pihak catering minta mak aku kupas bawang dalam 5 guni & bawang putih 1 guni. Kebetulan ketika itu ada mak, aku dan adik perempuan.
Maka kamilah gigih buat ( yang lebih gigih haruslah mak )


Aku tengok mak potong rileks aje takde melampau menitik air mata
Aku?
Cukup 10, dah mula "menangis".
Adik aku, dia pakai spek.


PETUA 1

1) Cucuk bawang pada hujung pisau & teruskan kerja mengupas bawang
( sejauh mana keberkesanan tidak pasti sebab aku tak cuba petua ini )


PETUA 2

1) Makan gula pasir. Meleleh je air mata, cepat ke dapur dan makan gula sesudu kecil.
Biasa buat macam ini tapi bagi diriku tidak berkesan.


PETUA 3

1) Pakai spek mata.
Memandangkan aku tiada spek biasa, aku pakai spek hitam. Hahaha! Mak aku terus cakap, "pelik apa anak dara kupas pakai spek hitam malam-malam." Tak kisahlah mak, asal nampak & kupas dengan baik.


Kesimpulan,
Petua ketiga memang berkesan untuk aku. Lepas saja pakai, tak meleleh dah air mata. Kalau ada pun tidak seteruk sebelumnya. Korang tak percaya? Kenalah cuba sendiri.


Sebenarnya petua ketiga itu dari diri ku sendiri. Hahahaha! Petua moden.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

12 dak comei sayang YUI:

Nurzakiah Hanum said...

terima kasih yui

AnneRaini said...

akak pernah cuba yag first tu.. xberkesan pun akak rasa..hahaha

Kniedaz said...

ahaha..yg first tu dah try..rasanya sama je...yg kedua tak pernah try lagi..yg ketiga tu mmg try la..dah rabun..kena la pakai spec..karang terkupas jari pulak hehehe

Inani Hazwani said...

banyaknyaa petua

Mardiah Diana said...

Akak pun selalu buat yang pertama tu...kadang berkesan kadang tak...petua dari dik yui ni belum pernah lagi akak cuba...hihi..

Tihara said...

ada lagi satu petua
letak air masak segelas
depan kita masa kupas bawang..
alhamdulillah berkesan untuk akak
orang lain akak tak pasti :)

Puteri Beribiru said...

rasanya petua ketiga tu adalah paling berkesan..like seriously!!

ros_reeza said...

Ros guna petua pertama tu je. Hihi

azizah green line said...

org kata kalau pedih ms kupas bawang maknanya badan banyak angin..heee

ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH said...

Assalam yui,
hat 1st tu akak pernah try
macam tak berkesan utk diri akak he3

lynndamya said...

Salam, hahaha sy ni pakai spek tp kupas bawang mmg menangis jugak pesal entah..haha jarang sgt kopek bawang agaknye :p

Azhafizah Md Nor said...

selalunya guna petua number 1 :)