tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, March 27, 2015

Perkembangan terkini jualan amal untuk kucing

Sedia maklum dalam [entry], kucing aku Kika disahkan menghidap kanser payudara. InshaaALLAH tiada apa-apa minggu depan akan operation.


Apa yang menjadi kegusaran hati adalah mengenai kos pembedahan. Aku tak tanya anggaran RM yang akan dikenakan. Yang ada dalam kepala aku, nak tengok Kika sihat. Kesian tengok lubang yang membesar ada pada putingnya [gambar].


Memandangkan aku adalah insan bertaraf sederhana, kemampuan aku ada batasnya. Jadi. aku buat album jualan khas barang personal aku untuk dijual sebagai TAMPUNGAN KOS PEMBEDAHAN. Hasil 100% untuk Kika dan andai ada lebihan, digunakan kepada anak bulu yang lain.


Yang menjadi masalah,
Jualan amal itu tidak mendapat sambutan. Mungkin aku tak pandai nak war-warkan atau item yang dijual tidak mendapat tempat di hati.




Apakan daya,
Takpe, sekurangnya aku dah berusaha. Mungkin sekarang ia hambar, inshaaALLAH satu hari nanti. Yang penting tak berhenti usahakan?


Hakikatnya urgent nak kumpul RM buat anak bulu.
Doakan aku.


Terima kasih kepada yang sudi war-warkan.


Anggaplah ini entry luahan hatiku, insan kerdil.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

4 dak comei sayang YUI:

Wak Lat said...

Salam jumaat. Hee semoga dipermudahkan.

eima said...

semoga dipermudahkan

Azhafizah MN said...

moga dipermudahkan urusan Yui untuk anak² kucing Yui

Unknown said...

yui..semoga di permudahkan ye..maaf xmembantu!