tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, August 20, 2014

Perempuan merempit tidak dibenarkan

Aku ni masih lagi "merempit" sejati. Motorsikal adalah salah satu harta dunia aku. Kereta? Belum lagi. Belum terasa nak beli sebab aku jarang drive. Mehmehmeh.


Ok berbalik pada tajuk di atas, siapa yang tak benarkan? 
Haruslah MAK aku sendiri.
Dia tahu anak perempuan dia kaki tunggang motor.


Jadi setiap kali soalan berbaur sebegini di tanya termasuk depan abah
"Kenapa orang tengok laki tu bawa LC laju je. Orang bawa setakat 120k/m pun rasa slow!"
Kata abah "Dia ada tambah blablabla. Dalam RM 300"
Kata mak "Hang tak payah nak laju-laju nurul. Tu tak cukup laju lagi ka.Bahaya!"


Ok, mak aku dah warning. Padahal memang itu realiti, bawa LC sekarang macam bawa Kriss 100 aku yang dulu. Sama je kelajuan. LC dulu juga yang best. Tak menyesal tukar tapi terkilan sikit. Huhu.


Korang nampak tak, mak aku tak bagi aku bawa laju-laju.
Kalau bawa dia, aku akan jadi penunggang yang sopan even kadang-kadang terlajak.
Aku kena dengar cakap dia sebab nasihat orang tua adalah sangat-sangat berguna!


Sampai adalah kawan lelaki tegur aku ketika berhenti di lampu isyarat
"Wei! Laju hang bawa motor!"
Aku rasa biasa je. 


Jadi, aku nak merempit adalah tidak dibenarkan! Merempit biasa sahaja sudah. Akulah perempuan itu.


Agaknya satu hari nanti aku akan upgrade tak LC aku tu? Mehmehmeh.
Tengok keadaan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

10 dak comei sayang YUI:

Anum said...

sama la ngan anum pg n balik keja naik mtr

ayuzan said...

teringat zaman ayu merempit dulu.hihihi

kurus said...

ahhahah akk smpai skrg merempit sbb antar anak2 sek
lucu tgk ibu2 yg sama naik merempit ngan akk ekeke

Cik Rose said...

Yui, jangan dok upgraded motor tu. hihihi.. suka bawak laju ek..

ayut said...

Yui upgrade la..kepuasan..hihihi.ayut pon lg suka naik motor dr kete..senang dan cepat.kete leceh.jalan jauh baru memerlukan kete. :)

Chot said...

120kmh? glupp...
amboi, nk pergi mana laju2 tu..?

Azhafizah MN said...

mak yui risau tu yui..jangan merempit ye..tapi bile dah dapat motor,automatic nak bawak laju je kan..huhu

AnneRaini said...

akak masa zaman merempit dulu pun mana reti bawa slow2.. samela dgn bawa kete ni..cuma bila dah ada anak, selalu sedar diri. ingatlah org tersayang...

Cik Itah said...

salam. sy nak basikal pun tak reti jangankan naik motor haha :D

Shida Radzuan said...

hahaa..yui sama la kita xlayan keta..bkn xnak tp blm smpai seru..so far shida plg laju bawa 80k/m sebab taiping ni jem selalu so nk bawa laju2 xde maknenye kang terbabas hahaaa :)