tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, September 26, 2014

Panggilan telefon dari pihak insurans

Bukan sekali tapi dah berkali-kali. Faham sebab itu tugas sebagai pekerja insurans. Tapi kadang-kadang mereka berikan penerangan tanpa bertanya terlebih dahulu "Cik berminat nak tahu lebih lanjut?".


Cakap mereka memang lancar. Dah biasa. Tapi aku yang dengar ini macam tak berapa sedap sebab aku tak berkeinginan tahu lebih lanjut. Macam nak kena paksa kahwin pula. Hahaha!


Maaf!
Saya tahu itu tugas anda tapi sebaiknya mulakan dengan pertanyaan terbaik bukannya terus berikan penerangan selebar boleh walhal pelanggan buat tak endah. Kesian pula rasa. Tak sempat kita nak berkata apa-apa,


Itulah antara sebab aku malas nak jawab panggilan yang tidak dikenali. SMS itu lebih baik. Untuk bisnes hanya nombor Celcom digunakan. Nombor DiGi untuk peribadi.


Kadang bila malas layan, ada kalanya sampai aku off hp. Melampaukan? 


Aku jenis mudah tersentuh & termakan dek kata-kata. Jadi ambil langkah berjaga-jaga. 







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

Syeeda said...

Syeeda pun pernah kena.. kena paksa pulak tu..huhu

azizah :) said...

betul yui.. melampau la agen insurans ni..kdg2 memaksa pula.. bila dpt call dr nombor KL ke dah agak mst insurans ni. malas nak angkat

lynndamya said...

Salam, hahaha yaaa sbb tu lah sy jarang angkat call dpd nombor2 yg mcm ni, kadang2 bila terangkat, serba-salah pulak nak tolak diorg bg penerangan..haha

Mardiah Diana said...

Akak pun pernah dapat panggilan macam tu...tapi akak hanya akan beli insuran kat maybank dan AIA jer...kalau melalui telefon memang rasa tak sedap dengar dik Yui..

J.Syazwana said...

sama lah kite yui. pagi tadi pon ada dapat call lagi. terus cakap tak berminat. huhuhu

Tihara said...

akak pun pernah
macam panggilan hangit plok

Diana Rashid said...

betul..bila depa start bercakap tu tak kan kita nak potong..kan??tak sampai hati..nanti dikata kita tak de adb.sudah nya kita pun dengar je la walau terpaksa..dalam hati dok tertanya2 bila dia nak letak telefon nih..hehe

anamizu said...

ana pon slalu kena. tp bila dia tanya je boleh sy amik masa cik 5 minit ? terus ana ckp sory2 im in meeting can call me later after i hour? pstu ana terus letak. pstu trus block number tu. haha padan muke lantak situ. sapa suruh nk cari mkn jenis camtu haha

ctfand said...

Same here...unknown number memang den tak angkat..

Azhafizah Md Nor said...

fiza pun malas angkat call kalau number yg fiza xkenal..selalu bila angkat mmg insurans..bile kita cakap kita sibuk dia paksa kita untuk dengar..xsuka betul..kenalah hormat sikit kan..kalau xnak, cakap je la okay ke..tak perlu paksa.

ros_reeza said...

Ros pun ada dapat panggilan dari pihak insurans. angkat je sebab tak tahu nombor sape kan.. bila dah tahu dari pihak insurans, cakap sikit pastu off kan.. hihi.. konon-konon terputus lah kan..