tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, September 29, 2014

Perubahan yang dirasai selepas amalkan diet Atkins

Memandangkan ada yang tanya, meh aku nak cerita serba sedikit pengalaman aku. Entry mungkin sedikit panjang tapi lahir dari hati yang penuh ikhlas ketika menaipnya. Ececeh!


Mulakan diet Atkins
Diperkenalkan oleh salah seorang sahabat baik aku. Selepas aku google, banyak feedback yang baik maka aku request masuk group KDA. Dari situ aku mulakan pembacaan, baca segala fail, komen ahli & lihat gambar.

Dah rasa ilmu asas itu ada, aku mulakan diet Atkin pada Disember 2013.


Dalam 2 minggu induction
Perubahan atau teguran awal yang aku terima dari kawan-kawan sepejabat, pipi aku dah nampak surut. Kalau sebelum itu, ala-ala donut big apple! Kau tahu, bukan seorang dua tegur, tapi sebab ramai, aku percaya memang itu satu perubahan.

Gambar perubahan pipi
[ entry ]


Berapa kg hilang ketika induction?
Aku kurang berat badan dalam 4 kg sahaja. Aku tahu jenis badan aku susah turun. Jadi bila angka 4, itu dah cukup membanggakan. Aku bermula dengan berat lebih kurang 61 kg ketinggian 157 cm. Berat ideal aku seharusnya 57 kg.


Senaman yang diamalkan
Setiap hari sekurangnya 50 kali squat & 50 kali lompat bintang ( aktiviti wajib ). Jika rajin akan berzumba 3 set ( 9 minit ). Ada juga lakukan crush, plank, sit up, push up ( ikut mood ). 


Hasilnya, ada pengurangan inci! Ya ALLAH memang best. Peha, betis, punggung, pinggang & lengan tangan masing-masing menunjukkan pengurangan inci. Jari pun susut sedikit tau! Cara aku, aku akan catat 2 minggu sekali ukuran dalam buku. Senang nak refer.

Pengurangan saiz jari
[ entry ]

Ketika bulan puasa
Aku kurang lagi lebih kurang 3 kg dan sekarang berat aku antara 54-55 kg. Hampir 1/2 tahun mencuba diet atkins, aku memang puas hati. Sebab dengan makan sedap-sedap masih mampu ubah apa yang perlu. Alhamdulillah.

Hasil terkini
[ entry ]


Kesimpulan perubahan yang aku rasa :
1) Pengurangan berat
2) Pengurangan inci
3) Mudah untuk lawas ( setiap hari akan buang air besar )
4) Mampu mengawal diri dari makan tak ingat dunia ( kuantiti sedikit )


Aku banyak share menu, resepi, workout, tips dalam blog. Korang boleh cari di bahagian atas ( tutor /tips ).


Apa pun kena sentiasa beringat. Itu sahaja aku amalkan. Diet juga perlu menitikberatkan kesihatan. Maka bersederhanalah dalam setiap perkara.


Good luck!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

12 dak comei sayang YUI:

Anum said...

:)

eima said...

tahniah dik ....

Tie HT said...

bagus perkongsian yui ni
t.kasih yui :)

anamizu said...

wahhhh Yui !!! huhhh ni yg nk kurus gak nih ! hehe

mila said...

wah....rmi btl yg buat atkins ni...nk try la bace entry2 awk yg lepas2

Oh Lady said...

tahniah yiu...berjaya menurunkan berat bdn!!teruskan usaha...hehe

Unknown said...

memang nampak betul perubahan yui tau

Hazmin Hamudin said...

Hebat betul budak2 KDA ni ye. Hehe. atkin terbaik.

nur anis said...

bestnya bila dapat kurus kan..:)

Azhafizah MN said...

terbaiklah yui..berjaya! Tahniah :)

lynndamya said...

Salam, nicee~ ni yg sy nak tau ni..haha..mmg skang tgh sarankan somebody for practising this diet..gigih haa~ harap berjaya lah beliau..haha :p

Cik Rose said...

tahniah Yui berjaya dalam diet.. memamg kena kuat semangat kan..