tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, September 23, 2015

[part 1] Si comel yang dijumpai berkeliaran di kawasan pejabat

Kelmarin, sampai saja di pejabat, mata terfokus pada "objek oren" yang sedang minum air lopak. ALLAH, sangat kesian! Aku dekatinya, MasyaALLAH, sangat teruk keadaan wajahnya.


Mata tertutup penuh tahi mata
Muka & hidung berkuping keras
Telinga kotor


Aku masuk pejabat, ambil tisu, bergegas cuci dulu. Bagi wetfood padanya. Lahap sangat cara dia makan. Makan tak habis, aku biarkan dia dan perhati dari dalam pejabat, sayangnya dia merayap ke area jalan besar. Tak sampai hati, aku ambil dia dan simpan sementara.


Selepas dibersihkan sedikit dengan air suam


Aku ambil keputusan bawa balik rumah dulu untuk rawatnya. Balik rumah, terus aku bagi mandi & berikan ubat sepatutnya.


Dia sangat-sangat manja! Seperti bertuan sebelum ini. Buang air besar tak perlu di ajar, dia masuk dalam bekas pasir sendiri. Hmmmm, pandai sangat kamu sayang.


selepas dimandikan & diberi ubat


Nanti aku cerita lagi pasal si comel ini. Aku nak pokpek panjang dalam blog aku sendiri. Nak luah perasaan pasal kucing terbiar & sambutan manusia kepada mereka iaitu kucing biasa!!








guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

8 dak comei sayang YUI:

eima said...

kesian mesti ade yg jahat yang jahat pi buang kot sbb dah pandai gitu

JunAina said...

Kat rumah akak ada 7 ekor kucing biasa ni bagi makan ikan fresh sebab mak depa tak reti nak makan biskut2 kucing tu semua. Sekarang 2 ekor kena selsema tak sempat beli ubat lagi tapi bila tengok kucing liar memang kesian nak bawak balik susah bayangkan duduk rumah flat bela kucing banyak2...

Anum Abdullah said...

kesian la tu kucing yui..

anakdenesor said...

btw yui buat ag x tabung utk kucing tu?

Azhafizah MN said...

alhamdulillah terjaga baik oleh Yui

aizamia3 said...

Alhamdulillah.. berjumpa dengan tuan yang baik hati.. ;)

Unknown said...

sebijik macam Oyen adik akak muka dia..tapi Oyen badan nya panjang je..kalau tidur kepala dengan ekor terjuntai lepas kerusi..badan je kat atas kerusi tu..tu pun dia boleh tidur berjam2....heheh..

Cik Ash said...

sama macam warna sipol akak hihihi