tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, September 28, 2015

[part 2] Open adopt si comel pada awam tapi agak hampa!

Okay, dah tengok & baca cerita [part 1]? Kalau belum sila baca dulu. Untuk lebih memahami entry bersambung.


Sebenarnya ikutkan hati, aku memang tak boleh nak bela sebab di SS dah terlebih kuata ( sekarang dalam proses mandulkan ). Di rumah sewa dah ada seekor kucing jantan yang semakin taiko.


Lagipun aku sedar kemampuan aku terbatas. Banyak faktornya.


Jadi, dengan cepat akal aku fikir, ambil gambar si comel & share pada beberapa group FB kucing. Dalam masa sejam aku perhatikan :


Like tak lebih 10 orang
Komen untuk up ada 2-3 orang
Komen bertanya 2-3 orang


Oh ya, aku bukan teringin sangat nak like bagai tapi aku nak perhatikan berapa ramai pencinta haiwan sebenar? Saat cantik dipuji, saat kotor dibiarkan. Itulah yang aku rasa serba sedikit kesan dari share yang aku buat.


Ya, semua ada sebab tersendiri. Dari situ aku sangat TERASA dengan apa yang terjadi. Kejadian macam ini bukan kali pertama, sebelum ini nasib Atam pun serupa. Akhirnya aku bela hingga dia dah dewasa.


Dalam masa sehari, ada seorang dua bertanya. Ya, mereka memang nak kucing itu.


Apa keputusan aku?


Entry akan datang. Nak cepat boleh skodeng FB aku.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

10 dak comei sayang YUI:

Anum said...

singgah pagi

Chot said...

sy pun...dipandang sipi2 je..hahhaa....nk yg mahal2 je pulak....bila letak hrga nk murah pulak...last2 bela jgk la..haha

eima said...

malas nk bela kucing sbb jenis suka pi berjalan .... jawabnye mati kebuluran la kucing kat rumah .. tak mampu nk byr nursery bagai ... nursery anak pun jenuh nk provide ... ni nk bela haiwan plak hmmmm

bkn tak suka tak syg tak mmg tak mampu

Eintan Nurfuzie said...

biasalah yui.. dah lawa baru org nak

Jom singgah blog : Nurfuzie.com
Jom singgah entry ni: Malaika Oil Produk Semulajadi terbaik untuk kulit
dan juga entry ini Tawaran Iklan Di Blog Cik EN serendah RM10

Wak Lat said...

yep, leceh nak bela binatang mcm kucing ni kecuali mmg minat., huhu2

Unknown said...

kalau kucing biasa2 ni memang ramai tak minat..entah kenapa?/nak kata tak comel,tak jugak..sebab bagi akak diaorang comel je..akak lagi tak suka kucing bulu tebal2 tu sebab dia tak lincah macam kucing biasa ni..nak melompat pun berat.susah nak ajak main..sebab akak ni kalau bela kucing tak mau la setakat bagi makan..nak juga manja2 dengan dia..main dengan dia..boleh ajak jalan gi kedai..ni kalau jalan pun nak dukung,nak kena masuk kan dalam kotak,leceh la..

kat tempat kerja suami akak banyak kucing.Dulu ada yang bagi kucing kat kami untuk bela..dia dah besar sikit baru akak ambik sebab dia nak menyusu sebelum tu. tapi tak sampai 2 bulan bela mati dah sebab kena langgar.boleh dia keluar dari sangkar pi main tengah jalan.sampai nangis akak tau..

Sekarang suami akak ambik yang kat tempat kerja dia je.anak2 kucing banyak tapi guard tu tak bagi ambik sebab dia bela.tapi suami akak ambik je sekor kami bela sampai sekarang..dah 4 bulan dah..comel sangt..manja pulak tu...

Rugi tak ambik kalau ada orang nak bagi kucing ni.kalau bela dari kecik lagi seronok sebab dia manja sangat dengan kita.Mungkin dia ingat kita mak dia kot.aih..seronok citer pasal kucing ni..sampai esok pun tak cemuih..sampai dah melalut2 dah komen nya..heheheh...

kalau dekat memang akak ambik dah kuicng2 Yui ..heheh

Murni Alysa said...

akak memang teringin nak bela kucing tapiii...huhuhuhu

Sha Mohamed said...

Akak ok dengan kucing tapi x boleh nak bela.. Alamatnya nanti mati kucing tu..

Dunia Zumal said...

Zumal berjaya lepaskan 3 ekor sebab share dalam group fb negeri, Yui boleh try kat group fb kawasan Yui, maybe ada yang minat...

Azhafizah MN said...

harap ada yang sudi jaga dengan baik