tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, July 07, 2014

Resepi Diet Atkins : Cara Telur Tuna

Bulan puasa macam ini kalau pergi bazar, pergi pula bahagian kuih-muih, agak tergoda tengok kemeriahan kuih itu. Lagi best bila tengok kuih cara biasa atau cara berlauk, perghhh iman! Sedapnyaaaaaa.


Jadi, melalui resepi yang ada di Kelab Diet Atkins, aku sendiri cuba buat "kuih cara" dengan gaya diet atkins. Lepas gian tengok rupa. Psiko diri sendiri. Muahahahaha!




Ikut resepi, inti ditekan cantik
Disebabkan taknak membazir aku letak menimbun
=___=


Bahan-bahan ( 1 orang )
1) 3 biji telur
2) Sedikit garam
3) Sedikit tuna
4) Sedikit sayur hijau ( guna bayam lebihan untuk sup )
5) Sedikit daun sup ( bagi wangi )
6) Sedikit mayonis ( kewpie merah/swiss bear rendah carb )
7) Sedikit lada hitam
9) Sedikit sos cili ( nandos antara rendah carb )


Cara-cara 
1) Rebus telur hingga masak & kupaskan
2) Goreng telur hingga kekuningan kulitnya
3) Potong telur 2 bahagian & korek kuning telur
4) Dalam bekas lain, satukan bahan-bahan lain & kacau hingga sebati
5) Sumbat semula dalam putih telur tadi



Itu sahaja. Senangkan? Kalau nak jadi cara berlauk, boleh gunakan daging cincang ( buat kari/goreng berlada ) kemudian taburkan atas telur. Jadilah cara berlauk.


Amacam? Sape kata diet atkin tak boleh makan sedap-sedap? Sup bayam aku buat simple sahaja sebagai rutin nak makan sayuran hijau setiap hari.


Selamat mencuba.



IKLAN KUIH RAYA/KUDAPAN 
Boleh rujuk entry ini
InshaaALLAH sedap!


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

15 dak comei sayang YUI:

Cik Rose said...

bagusnya Yui resepi ni..

Anum said...

sedap gak

PERMATABIRU said...

amalkan DA juga rupanya..good luck..

Azhafizah MN said...

inovasi resepi makanan dari yui :)

Cik Itah said...

salam. nanti sy try buat hehe

lynndamya said...

Arhhhh sedapnya! telur campur tuna mmg sgt sedap, nyum2~ balik minta mak buatkan lah, hahah

ninie said...

my son suka roti2 n telur2 ni, boleh try ngan tuna pulak =)

Unknown said...

heee like!

Cik Anita said...

Kalau tengah tak rajin, memang tak menjadi kuih ni. hehe

jie susanos said...

hehe..bru join group ni..

- AZIE - said...

bagusnya yui..akak cuma tahu cara gula je hehehe

Myra Jay said...

Sedap tengok.. Nanti boleh try :D

Unknown said...

telor+tuna macam sedap ni..

Mimie said...

sedapnih.leh try..akak pun nk start diet atkins

Mimie said...

sedapnih.leh try..akak pun nk start diet atkins