tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, January 28, 2014

Chic Cardigan Online




Cardigan adalah pilihan yang cukup bijak untuk sesiapa sahaja yang mahukan sepasang top yang versatile dan boleh dipakai pada bila-bila masa sepanjang tahun. 


Cardigan juga popular kerana begitu mudah boleh dipadankan dengan simple t-shirts atau blouse. Ianya juga boleh dibutangkan menutupi tubuh anda jika berada dalam keadaan sejuk. Ianya hadir dalam pelbagai jenis potongan sesuai dengan tubuh badan si pemakai. Terdapat juga stail dan ukuran berbeza mengikut cita rasa masing-masing.


Kebanyakan wanita merasakan perlu untuk mempunyai setidak-tidaknya sehelai di dalam koleksi mereka. Namun adalah penting untuk memilih cardigan yang sesuai dengan bentuk tubuh anda.




Perkara pertama yang anda harus titiberatkan ketika membeli cardigan ialah tentang bentuk tubuh anda. Kebanyakan wanita tahu jenis tubuh mereka dengan mengukurnya dan membezakan dengan anggaran saiz cardigan tersebut. Ini sangat mudah!


Penggunaan pita pengukur adalah lebih tepat kerana ianya membenarkan anda tahu perbandingan yang sebenar. Namun harus diingatkan bahawa anda digalakkan untuk membuat ukuran tersebut di hadapan cermin ketika mengukur pinggang, badan, dada serta bahu. 


Adalah penting untuk tahu bahawa berat tidak mempunyai kaitan dengan bentuk tubuh seseorang. Ini kerana seorang wanita yang overweight kadang-kala mempunyai bentuk tubuh seperti ‘hourglass’ dan yang sangat kurus berkemungkinan mempunyai bentuk seperti buah pear atau epal, bergantung pada susuk tubuh masing-masing.




Pemilihan sesuatu warna kadang-kala juga memainkan peranan penting dalam penampilan seseorang dari segi susuk tubuh. Kardigan berwarna hitam kebiasaannya membuatkan seseorang kelihatan kurus namun tidak nampak sesuai atau flattering untuk individu yang tidak mempunyai pinggang. 


Warna cerah mencuri perhatian manakala corak belang dan pattern boleh membuatkan penampilan seseorang lebih bergaya. Apabila dipadankan dengan bentuk atau potongan cardigan yang sesuai, warna dapat memberikan impak terhadap penampilan seseorang. Namun adalah digalakkan untuk mendapatkan basic cardigan yang sesuai dipakai dengan apa sahaja tops dan pakaian.


Online shopping fashion Malaysia yang terbesar dan turut dikenali sebagai destinasi fashion online utama iaitu Zalora, menawarkan pelbagai jenis cardigan online untuk wanita dengan pelbagai bentuk potongan serta corak dan warna. 


Dapatkan cardigan daripada jenama-jenama terkenal antarabangsa serta tempatan di sana dan nikmati pelbagai tawaran menarik setiap hari dengan harga yang berpatutan!


Layari laman web www.zalora.com.my atau Zalora twitter untuk informasi terkini tentang berita fesyen terbaru.

Semestinya Zalora adalah online shopping yang sangat disarankan untuk anda!
Sudah 2 kali daku berurusan dengan Zalora
=___=



guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

ikafantasi said...

cantik nye yg ke3 tu

Unknown said...

Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

Azhafizah MN said...

semua cantik² cardigan..lebih style bercardigan :)

Unknown said...

cantek !! tp zara blom pena bli kat zalora ni.. hoho

AnneRaini said...

akak xpernah lg beli kat zalora. masih boleh hold nafsu beli ni..hehe

JunAina said...

Akak jarang beli online ada le sekali dua kot...Zalora tak pernah try lagi.

Tie HT said...

zalora ni banyak pilihan yang cantik2 kan yui :)

Dingdang said...

belum pernah lagi shopping kat zalora... macam best je. hehe

Unknown said...

cardigan mmg pesen skng kan.. yg no3 tu cantik..nmpk kecik..

Nisa Greennnpanda said...

sumer cntik.... ^_^

Miss N™ said...

cantik2.. :)