tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, January 09, 2014

RESEPI : Sate Ayam versi malas

Konon teringin nak buat sate sendiri tapi kenapa tajuk aku di atas malas? Sebab aku terlupa beli lidi nak cucuk perapan ayam tu. Kalau difikirkan masuk ngap dalam mulut juga. Lidi pun terbuang. Bazir! Haha.




Bahan perapan aku tengok page FB tapi dia tak bagi lengkap berapa batang, berapa ulas nak letak. Maka ku gunakan "akal" logik untuk sebatikan semua. Bajettt terror kan? 


BAHAN & CARA PERAPAN 
1) 4 batang serai
2) 3 biji bawang besar
3) Sedikit halia
4) Sedikit lengkuas
5) Garam secukup rasa
6) Sedikit jintan manis
7) Sedikit jintan putih
8) 1 sudu besar serbuk kunyit
9) 10 pek equal ( sebab diet atkins ) - Gantikan dengan gula 
10) Sedikit air untuk blend bahan di atas

* Boleh tambah cili padi jika nak pedas

Kesemua bahan diatas di blend hingga sebati. Baunya haruuuuummmmm! Simpan dalam bekas bertutup di dalam peti ais. 


Nak simpan bahan perapan lebih lama, korang masak hingga didih. Boleh tahan mungkin hingga seminggu.


Sekarang kita pergi ke cara sate. Ala senang sahaja. Korang perap ayam yang dipotong kecil dengan bahan perapan diatas. Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam. Kalau lama lagi bagus sebab lebih sebati.


Cara nak masak?


Masuk sahaja dalam oven lebih kurang 20-30 minit atau hingga nampak masak atau boleh guna cara bakar manual. Masukkan sekali sayur seperti brokoli, bunga kobis, bawang, lada benggala. Ikut suka korang asalkan korang makan.


Boleh gantikan ayam dengan daging, udang, sotong. Bahan perapan masih yang sama. Bahan perapan di atas memang aku dah pelbagai guna untuk masak benda lain. Muahahaha!


Selamat mencuba.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

19 dak comei sayang YUI:

Ayu Zan said...

menariK! harus cuba. da mcm nak buat ayam rempah juga

CikLily Putih said...

cam senang plak resipi sate malas ni ek, cilok resipi ye

Liza Licha said...

hm.. sedap ni.. nak try buat. tapi xnk buh brokoli ..

Azhafizah Md Nor said...

takde lidi pun satay jugak kan yui asal cara perap,bahan dan bakar lebih kurang gitu.

eima said...

kuah ade tak ??
ko ni muda2 lagi terer dah memasak

Deqla Manjew said...

sate ayam siap ada brokoli lagi tu..spesel nih.. :)

Mr.Superman said...

yui,ada 1 lg bahan paling penting yg tertinggal. + kasih syg :D

Cik Muda said...

Terbaek nih....

shaFazie said...

tq yui share resepi ini...

Nory Zoulkefle said...

versi malas yang lawak tu...
dik, kalau malas, langsung tak berasap dapur taw mcm akak ni...hehehe...

nana kimie said...

adeh lama tak makan sate...

QasehnyaRania said...

xda lidi pon ok la yui.boleh join makan dgn nasi ke. hahaa.

azizah :) said...

tak tau da komen ke tak entry ni..


nmpk menarik yui.. simple je buat

Nadia Johari said...

takyah lidi pun takpe..janji makan..haha

Nadia Johari said...

takyah lidi pun takpe..janji makan..haha

Cik Nur™ said...

mmg mknan sihat la kan..!
sedap gak nampak tu...

Shida Radzuan said...

hehee simple...yg penting kena buat time mls..xgitu yui?? heheee :p

ayut said...

Haha..bazir ea lidi...sabar jela.tp yang pasti perot kyg pon dh setel....

Eca Dwinky Asha said...

lorr..sate ayam eh perapan dia?..eca ingt kunyit + grm je.hahaha..

nak cuba a nnti :P