tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, January 08, 2014

Perbezaan karat untuk setiap emas

Entry kali ini khas untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh sis emma. Daku sebagai seorang yang biasa-biasa sahaja akan bantu sebaiknya berdasar ilmu yang ada.


Kita mulakan dengan pengenalan.


KARAT - Lambang mutu kategori emas dan peratus kandungan emas dalam sesuatu jenis emas.


KETULENAN - Emas 24K merupakan ketulenan paling tinggi. Barang kemas yang biasa kita gunakan adalah emas 22K atau dikenali 916.




( 24K / 24K ) x 100 = 100 %
( 22K / 24K ) x 100 = 91.6 %
( 18K / 24 K ) x 100 = 75 %


Tengok pengiraan di atas dan anda akan faham penerangan seterusnya.


Antara jenis emas yang digunapakai hingga kini


750 atau dikenali 18 K
Emas jenis ini kebanyakan terdapat pada cincin berbatu. Sebab apa? Emas ini lebih tahan atau kuat ( letak batu cincin ) kerana % emas hanya 75 sahaja. Ada juga subang terutama jenis "ketip" terdapat 2 mutu emas. 916 & 750. Sebab apa? Sebab ketahanan emas itu walaupun dijual pada nilai emas 916. Jangan pergi marah kedai emas ok kalau anda perasan no karat pada subang anda.


Selain itu, gelang tangan pun ada untuk 18K. 


916 atau dikenali 22 K
Emas ini biasa kita gunakan terutama kaum wanita. Subang, loket, rantai leher, rantai tangan, rantai kaki, cincin, brooch & sebagainya. 


Mutu emasnya adalah 91.6 % dan selebihnya adalah kandungan bahan lain antaranya perak, tembaga & aloi. 


999 atau dikenali 24 K
Merupakan emas paling berkualiti & bermutu tinggi. Harga sedikit mahal dari 916. Bersifat lembut sebab itu jarang ada emas 999 untuk cincin, loket melainkan beratnya paling kurang 50 gram. Kalau bawah dari itu ada juga cuma jarang jumpa & sebaiknya tak sesuai untuk pakai.


Sifatnya lembut kerana 99.9% emas. Tak percaya sifatnya lembut? Anda pegang dan cuba bengkok kan. Akan terasa perbezaan dengan mutu yang lain.


Antara karat emas lain yang ada 20 K ( 835 ), 21 K ( 875 ) & 22.8 K ( 950 ).


Sebab itu untuk perhiasan ramai akan pilih 916 kerana itu terbaik & bagi mereka yang terlibat dengan pelaburan emas mereka lebih suka gunakan 999 sebab mutu emas terbaik. 


Semakin tinggi karat semakin berkualiti emas tersebut
Semakin rendah karat semakin kuat ketahanan emas walau % sedikit


Jadi faham tak apa beza karat itu? Ada apa-apa pertanyaan ajukan di komen. InshaaALLAH aku akan jawab sebaiknya berdasar ilmu yang ada.


Sis Emma ni Yui dah backlink. Anda yang nak bodek sis emma kot dia bagi barang kemas, sila terjah blognya. Muahahaha!






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

20 dak comei sayang YUI:

eima said...

hahaha aku gurau je la wei suruh hang backlink sesungguh backlink .. hihi

o0o tu la bezanye ek ... br ku tau ape tu karat tu ...

kalau platinium plak tu .. sama ke ...

Anum said...

great entry

blog-tips-kurus said...

toke emaskah?

weeeeeeee........!

Unknown said...

BOLEH BODEK YE...MURAH HATINYA SAPA YANG BAGI BARANG KEMAS SEBAB KENA BODEK..BUKAN SENANG TAU..HAHAHA

Unknown said...

ohhh..baru tahu pasal beza2 emas ni..baguslah yui ni, hebat..

HanisLazimAndTheShaklee said...

wahhh cita pasal emas,kerlasss... :D anis ni xminat mas..brg kemas yg ada sbb nikah je ni..hihi

AnneRaini said...

dulu masa kecik2 akak igt karat tu karatlah mcm besi karat..haha

J.Syazwana said...

owhhhhhhhhhhh baru tau dari nama datang nama emas 916, 750, 999 tu sume. thanks yui! suke. hihi

Azhafizah MN said...

tambah ilmu emas..tq yui :)

fieda said...

yui terer nyer bab2 ni ye..

Unknown said...

yui.. jijah baru tahu ni.. great info lah.. tp mmg jijah suka emas 916!

Cikrosecute said...

Baru akak tahu...tq share yui...

Tie HT said...

terima kasih yui..dapat akak tumpang baca info yui

Unknown said...

penggemar barang kemas perlu tahu nih.. thanks sharing.. :)

Mr.Superman said...

ini WIN! sbb abg rajin beli emas,kumpul srh ma pegang tp main beli je T_T yg thu 24k n 916 je.

Nadia Johari said...

baru paham perbezaan emas ni..nad tau 916 je..tu pun tak tau ape maskdunyer

Miss N™ said...

oo...paham sikit2.... :)

Shida Radzuan said...

oic cmtu ke..tq yui atas info..

ayut said...

Paham2x..ayut pnye cincin ad batu 916 jd tkut nk pkai sbb tkut tangl...hijihi

Unknown said...

Salam, tunang sy beli cincin batu 750. tp tauke kira hrga emas 916. boleh ke mcm tu? x silap sy utk setiap gred emas ada hrga dia tersendiri? T,kasih.