tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, July 04, 2014

Bazar Ramadhan kini

Hingga hari ke 5 berpuasa, baru sekali aku jejakkan kaki ke bazar ramadhan berdekatan rumah sewa di Station 18 Ipoh. Itu pun sebab ikut rakan serumah. Jadi, nak juga jenguk rupa bazar untuk tahun 2014.


Perbezaan? 
Hanya satu berbeza iaitu HARGA. Sebagai contoh, roti john besar sekarang RM 3.80. Air satu plastik besar RM 3. Lauk pauk paling rendah RM 3. Sambal ikan bilis pun sama. Purata kenaikan adalah 50 sen ke atas.


Bagi aku, harga dah naik. Kuantiti dah kurang. Rasa tak seberapa. Mungkin "terkena" dengan aku sahaja situasi macam itu. Sebagai pembeli, aku boleh terima harga naik tapi biar berbaloi dengan rasa yang bakal pembeli telan.


Jangan sekadar harga naik, kualiti kurang. Takut pelanggan lari.


Lagi satu, kalau ke bazar, paling sikit duit akan keluar adalah RM 5 ( untuk bujang ). Kalau berkeluarga paling rendah mungkin RM 15 ( beli lauk ). Ikutkan berbelanja di bulan Ramadhan lebih tinggi berbanding biasa melainkan anda pandai kawal bajet.


Kesimpulan aku, aku sehabis boleh nak kurangkan ke bazar. Tahun-tahun sebelum ini hampir setiap hari membeli. Tahun 2014, aku akan beli bahan sendiri dan akan masak sendiri. InshaaALLAH. Terjamin & puas hati.


Bazar kini memang banyak beza.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

12 dak comei sayang YUI:

ciknadrahismail said...

setuju sangat..kuih da 50sen satu.padahal kecik je..huhu..

safurara said...

ramaia org ckp cm tu.harga purata naik dlm 50sen.hmm hope masak lah elok2.

Rizziela said...

memang harganya x menahana kan..hampir semua naik harga

azizah :) said...

sini roti john rm4.50 yui... bapak la mahal!huu

lynndamya said...

Salam, haa tentang harga tu mmg xdinafikan lah..sy ni org niaga pasar malam, so kenal lah org pasar mlm yg join bazar..bila masuk bazar, dpt tgk kenaikan harga yg diorg letak..haha tergelak saya :p..
puasa tahun ni, setakat seminggu ni mmg rajin ke bazar..beli xseberapa, tp suka tgk makanan yg byk, air pun nampak cantik2 dan sedap je bulan pose ni, haha

AnneRaini said...

akak baru sekali ke bazar tu pun beli kuih dgn murtabak.. lain2 mmg xbeli selalunye..hrga mmg dah naik.

Haura Marissa said...

masak sendiri la best..lebih sihat sebab kia tahu apa yg kita masukkan dalam makanan tu..

Azhafizah Md Nor said...

betul tu yui..fiza memang pergi bazaar..dah kawin ni lagilah tak pergi lansung..masak sendiri kat rumah..puas hati sikit kan

Eiqa Almond said...

betul tu..
jgn harga cantik tp kualiti indah khabar dari rupa, kita nak meniaga pun kenalah jujur, baru berkat.

Mimi Azirah said...

samalah kat sini yui...serba serbi naik

Tihara said...

air tebu pun dah RM5

ros_reeza said...

kat Jb ni harga memang tinggi.. tapi kalau Ros balik rumah husband Ros kat batu pahat, murah pula harga makanan kat bazar sana. tu yang suka tu :)