tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, July 22, 2014

RESEPI : Biskut Famos Amosss Celup

Nak beli yang original agak berkira sikit ( walau kadang beli juga sebab teringin ), apa kata buat sendiri. Lagi best sebab kita boleh letak sebanyak mana coklat cip yang kita suka. Lagi banyak lagi mableeesss.




Bahan-bahan
1) 250 gram butter
2) 225 gram gula pasir
3) 175 gram gula perang
4) 2 biji telur
5) 250 gram coklat cip ( lagi banyak pun boleh )
6) 200 gram walnut
7) 120 gram tepung jagung
8) 500 gram tepung gandum
9) 7.5 gram serbuk penaik


Cara-cara
1) Pukul butter & 2 jenis gula hingga sebati ( guna mixer )
2) Masukkan telur sikit demi sikit
3) Dengan guna spatula, masukkan coklat cip & walnut, gaul sebati
4) Campur bahan selebihnya & gaul rata
5) Guna sudu untuk bentukkan atau bulat kemudian leperkan sedikit
6) Bakar selama 20 minit dengan suhu 150'c


Tips :
1) Bentukkan kecil-kecil sahaja sebab biskut akan mengembang
2) Cara nak tahu biskut masak? Tengok bahagian bawah biskut ( kekuningan/keperangan bila masak )
3) Apabila keluarkan biskut, biarkan sejuk terlebih dahulu sebelum masukkan dalam bekas


Itu sahaja. Selamat mencuba.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

Azhafizah Md Nor said...

sedap! sebelum raya dah habis dulu..hihi

Cik Itah@RRP said...

salam. thanks share dear :)

menabung invest smart :))

lynndamya said...

Salam, haaa biskut ni sedap, tp mmg xpernah beli..ras pun sbb pau cozen punya..hahahaha..sedap, tp agak manis..sakit gigi klau mkan byk2..haha

Nurzakiah Hanum said...

sedapnya

azizah :) said...

ahhh sedapnyaa...

nak buat malas pula + bahan2 susah nak cari..hahaha

are_lin@yu said...

dh lma trgin nk buat yg ni tp xbuat2 jgk hihi

ros_reeza said...

ni memang sedap Yui.. bubuh banyak coklat chip dengan walnut tu. hihihi

Ibu Lala said...

Sedapnya. Cam nak buat jugak nanti.

Anonymous said...

kenapa tepung jagung ada dua kali? nak amik resepi ni

^^eKaTiKaH^^ said...

sedapnyaa. balik ni nak buat kuih rayaaa. hehe

Mimi Azirah said...

senang aje nak buat