tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, October 20, 2014

RESEPI GAMBAR : Jeruk Epal Hijau / Mangga Asam Boi


Sumber : Resepi Ringkas


Aku dah kata kalau bahan sikit, mudah cari & senang nak buat, aku akan cuba. Dan fenomena sekarang jeruk pelam atau jeruk mangga. Disebabkan kawasan rumah aku atau senang kata pasar yang jual takde pelam, maka aku gantikan dengan epal hijau.


Beli epal 12 biji RM 7 memang ok sangatlah. Satu balang kecil hanya memerlukan lebih kurang 3 biji epal saiz kecil.



Selepas dimasukkan semua bahan


Bahan-bahan

1) 3 biji epal
2) 7 biji asam boi
3) Sedikit garam
4) Gula ( lebihkan pun boleh )
4) 3 biji cili padi ( lebihkan jika nak pedas )


Cara-cara

1) Masukkan semua bahan dalam balang
2) Gaul sebati/goncangkan bekas
3) Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam / semalaman
4) Sedia untuk dimakan


Tips/soalan biasa ditanya :

Tak perlu tambah air sebab gula akan mencair
Boleh kupas kulit epal/tidak
Boleh juga guna jambu susu/betik muda/pear atau buah yang anda gemari


Senangkan? Biasa nampak orang jual satu balang kecil lebih kurang RM 10 - RM 15 ( belum masuk pos ). Kalau malas sangat, boleh terus beli online ya.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

16 dak comei sayang YUI:

Rizziela said...

terliur tgk..meleleh air liur..tgh famous ni kan sekarang ni

Anum said...

nyum2
tgk gambar dah terliur

Myra Jay said...

Sama entry kita pasal jeruk ni..
bezanya yui dengan epal, akak degan pelam..hehee

Anonymous said...

Sedappppp ;)

Mardiah Diana said...

Salam singgah petang dik Yui...sedapnya dik...

zarul farhana said...

terliur plak tgk... order kt budak satu uum.. skali dh hbis dh..nk buat mmg malas nie hehehhe

ezy.fia said...

dh jd fenomena jeruk mangga pulak skrg..
dr beli baik buat sndiri.
kite pon nk try buat jgk!
=)

HanisLazimAndTheShaklee said...

amboii...yui pn try jugak.teringinnnnnyaaaaaa tapi dlm pntang..hukhuk

Ann Ishak said...

hokalohhhhh very ni merenjis ayak liur tengok ni :)

Azhafizah MN said...

kecur air liur tengok ni..kena cari pelam la nampaknya ni

Unknown said...

bru je siap buat.

anamizu said...

aku pon buat gak ceni Yui !
tapi aku punya versi jambu batu hehe =P

Anonymous said...

hahaha ramai sangat yang post kat fesbuk CT pun rasa nak cuba. tapi belum beli barang lagi.. mmg trpkir dah kalau mangga tak jumpa nak guna epel ijo..

Pengedar Shaklee Sri Aman said...

Asam boi yang kaler merah tu boleh guna ka?

rose81 said...

kn buat jgk ni...mlm ni gk p cr kt psmlm...hehe

Pengedar Shaklee Sri Aman said...

Dah cuba..memang sedap!