Melihat secara mata kasar, nampak Kika seekor kucing yang sihat. Hakikatnya dia telah disahkan menghidap kanser payu dara.
Perkembangan terkini Kika :
1) Lubang yang terbuka masih sama
2) Mula nampak sedikit cecair keluar dari lubang itu
3) Hanya mahu makan wetfood atau makanan lembut
4) Masih menjawab apabila dipanggil
Ini keadaan putingnya. Warna gelap itu adalah disebabkan semburan ubat yang akan kami lakukan hari-hari untuk mengelakkan ulat.
InshaaALLAH Khamis depan akan buat pembedahan. Walau ku tak pasti berapa % risikonya. Apa pun, usaha itu yang lebih penting. Yang lain terserah pada kekuasaan ALLAH.
Kenapa Khamis?
Sebab aku kena hadiri seminar di KL dari Isnin - Rabu
Hari Khamis aku sudah apply AL
Doakan semua dipermudahkan.
Album jualan kilat untuk pembedahan Kika {album}
9 dak comei sayang YUI:
comel kika :-)
semoga kika cpt smbuh.. nampak lemah sgt kika
la cianya :)
Mrs. A doakan yang terbaik buat Kika.
kesiannya tengok.moga kika bertabah dan kembali sihat
Allah kesiannya yui.. nasib baik ada tuan yg sangat perihatin
tak sangka ...ingatkan manusia je akan kena kanser ....haiwan pun ....
semoga kika cepat sembuh dan pembedahan dapat dilakukan dengan mudah
kikaa!! alaa siannya..tersentuh hati ni juga walau takut gan kucin
Assalam yui,
moga segalanya dipermudahakn
Post a Comment