tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, February 17, 2016

Sejarah awal bagaimana Yui boleh bela kucing

Sejarah macam mana terjebak/terlibat nak bela kucing

Yui rasa kisah ni lebih 8 tahun lalu. Waktu tu dengan mak di Maybank SS. Terdengar bunyi anak kucing. Rupanya jauh ke bawah ( lorong macam longkang besar ).

Yui turun, ambil anak kucing tu. Comel, warna putih kelabu ( lebih kurang macam Puteh ). Masa itu, memang ZERO pasal kucing. Memang ambil sebab kesian semata padahal takde asas nak jaga baby kucing.


Mak namakan di Mie sebab dia kucing jantan. Alhamdulillah, walau takde pengalaman bela, Mie hidup hingga menjadi teruna. Besar, dewasa, handsome.

Sampai satu hari dia buat perangai, dia memancut. Kan bagitahu ZERO pasal kucing, memang taktaulah pasal ada pemandulan spay/neuter bagai tu.

Lama dia buat perangai lalu kami "lepaskan" dia dengan alasan mungkin dia nak kebebasan. Sebenarnya Yui menyesal lepaskan dia ( walau bukan Yui yang buat ), risau keadaan dia macam mana.

Maaf sangat Mie, itu kesilapan lama kami.
Pernah kami nampak Mie dan panggil, dia pandang. Tengok keadaan dia nampak baik. Tapi menyesal tetap ada !!

Sekarang, memang dah tau sangat peel kucing. Kisah dulu Yui jadikan panduan/pengajaran. Jangan sesekali lepaskan kucing andai kucing anda hanya terbiasa dengan persekitaran rumah.

Ini kisah dulu, sekarang sangat-sangat Yui sokong PEMANDULAN !!

Tolong jangan lepaskan atau buang atau letak kucing merata terutama di pasar. Tolong sangat jika anda taknak rasa perasaan menyesal.


guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

9 dak comei sayang YUI:

Nurzakiah Hanum said...

sedih tgk kalau org buang kucing

SYANI said...

Tak suka bela kucing sebab suka memancut tu la..

Nor Afidah Bte Che Azmi said...

betul tu yui..Macam akak..tak tergamak nak buang..Mak kak dekat kg sanggup kena hina lagi daripada buang kucing.kesian tengok kalau kita buang..malam mesti kita teringat

zazanizam said...

kan ! bila kita dh rasa syg menyesal sgt2 bila diingat kembali.

Kzaza pulak, sb abg la asyik ckp nak bela je bila tgok kucen. kzaza buat dek je hehe. permualaan bila adik ipar bagi 'manja' nak taknak ambik jugak sb niat abg nak bela dh lama. tapi dlm 4 bln kami jaga 'manja' mati xtau apa punca huhu.. sebelum tu 'manja' hilang.. alhamdulillah jupe rumah jiran sebelah.

skrg ada 'oppie'.. lpas 'manja' mati memang xnak jaga dah mana2 kucen sb sedih sangat!. kisahnya pegi kdai bawh umah ternampak anak kucen sekor diri.. abg kedai tu ckp ambik la nak. apa lagi, terus sambar hehehe. balik rumah tgok mata si 'oppie' bertahi..sakit mata kot!. Alhamdulillah, skrg 'oppie' sihat ceria nakal semua ada. sehari je train poo dlm toilet dh pandai hehe. Kzaza lepas je 'oppie' main dalam rumah.Sejak tu la kzaza dh mula rasa syg sangat dekat kucen. eh pnjg lebo pulak kita buat skrip hehe.

dwatyKNY said...

dulu ayah ada kucing siam... tp.. tetiba hilang... sib baik ada anak so adalah pewaris... tapi, sedih sangat bila anak tu plak mati... huhu

Mrs Velentine said...

sedihnya baca....mesti sayu jer kan bila di mie pandang macam tu

Nurul Baidurah said...

kalau kucing di rumah tak balik rumah dalam 1 hari,mesti risau punya..

Siti Nurzafirah said...

ohh ! bila panggil tu dia tak mau ikut balik dah ka??

mesti rindu kat Mie kan?

Azhafizah Md Nor said...

Takpe,belajar dari pengalaman. Skang pun dah banyak yui bela kan..moga murah rezeki yui