tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, March 03, 2016

Resepi Mudah : Aiskirm Sumi/Jelly

Viral makanan macam ni memang aku cukup suka. Tambah-tambahan bahan yang digunakan pun ringkas, memang buat mood aku tertariklaah nak buat.


Oleh sebab viral pasal aiskrim sumi, Sabtu lepas gigih aku beli bahan utama.



3 paket sumi : RM 4.50
1 tin susu pekat : RM 2.50
1 tin susu cair : RM 2.50



Guna lebih kurang 1.5 liter air




Bahan-bahan :

1) 1 tin susu pekat
2) 1 tin susu cair
3) 3 paket sumi ( boleh tambah jika nak )
4) 1.5 liter air masak
5) Sedikit garam
6) Plastik aiskrim

* Boleh tambah 1 sudu bancuhan tepung jagung ( bertujuan bagi ais lebih lembut )


Cara-cara :

1) Sumi potong/kerat bagi kecil ( senang masuk dalam plastik )
2) Masak hingga mendidih sedikit ( air+susu cair+susu pekat+garam )
3) Biarkan sejuk seketika
4) Masukkan sumi dalam plastik aiskrim ( guna sudu )
5) Dengan menggunkan jag kecil, masukkan bahan yang dimasak tadi ke dalam plastik aiskrim
6) Ikat dengan elok & bekukan

* Boleh tambah bahan lain selain sumi ( coki-coki/nutella/agar-agar/dll )




Inilah hasilnya dari aku. Rasa agak malas, masuk dalam bekas besar, lagi puas nak telan. Miahahaha. Dah siap, aku masukkan dalam FB, ada plak jiran tanya berapa. Aku tak reti nak letak harga jadi aku letak harga suka suki, 50 sen sebatang. Hasil jualan, beli keperluan anak-anak bulus ( makanan mereka ).


Kos bahan : 
Kos secara kasar : RM 9.50 + plastik aiskrim RM 2.00 = RM 11.50
Dapat lebih kurang 30 batang aiskrim


Jadi jangan kecam kalau ada yang jual RM 1 sebatang sebab bukan senang nak buat.


Selamat mencuba !!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

17 dak comei sayang YUI:

Dkna Abza said...

puas cari sumi dan plastik aiskrim, semua kedai dah abis stok.

E'in said...

mmg senang gile kan yunk buat nie.. pejam mata pun boleh buat.. hihi

Amal Salleh said...

baru pas mkn hehee

Shahida Dzulkafli said...

Memang leceh buat dia.. tapi best.. warna warni je aiskrimnya..

miss eimanhikmah said...

sy tak wat..org watkan utk sy...sedapppp

Siti Nurzafirah said...

Hari tu nak buat.. tapi, ibu cakap dia ada tengok dekat FB tak boleh makan... sadis !

Balik tu dia tunjuk la artikel tu... geram nak mammpoih jaaa.. huh !

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah berjaya yui buat...

Nurzakiah Hanum said...

:) singgah sini

Mrs Velentine said...

nak try sabtu ni

• Ain Cho'in • said...

Kan ? Viral sangat pasal eskrem sumi ni. Sampai member buat business jual benda alah niy. :)

Syida Rasyidah said...

Rajinnya Yui, oklaa kan, boleh buat duit kalau rajin :)

Mardiah Diana said...

Salam singgah petang dik Yui....wahh...menarik ni....nak cuba juga buat...hihi

Hami Asraff said...

Lama tak makan aiskrim ni.

tiga lalat said...

rajinnyer anak dara.,

aRz MoHa said...

terima kasih yui sudi kongsi resepi...tapi malas nak buat...hahaha

Khamsi Abdullah said...

lazat..

Azhafizah Md Nor said...

nak buat jugak nanti ni..tunggu kerajinan sampai