tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, August 16, 2016

Resepi : Bawal Masak Merah

Aku ni tak pandai masak tapi adalah inisiatif nak belajar masak. Sekurangnya reti lah juga. Heeee. Ini kisah berapa minggu entah. Pertama kali, buat kerja 98% sendiri. Hahaha. Yelah, sebelum ni rajin masak je, nak basuh ikan apa tu bagi mak.



Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal
Sambal merah ( buat sendiri/boleh beli di kedai )
1 biji bawang besar (blend)
3 ulas bawang putih (blend)
1 batang serai diketuk
2 biji tomato
Sos cili dan tomato secukup rasa
Sedikit garam
Sedikit daun bawang ( bagi wangi )


Cara-cara
Goreng ikan bawal separuh masak ( jangan terlalu garing ) dan ketepikan
Untuk bahan sambal masak merah
Panaskan minyak
Tumis bawang yang dah di blend hingga naik bau
Masukkan serai
Masukkan sambal merah
Masukkan sos cili dan tomato serta garam
Agak semua dah sebati, masukkan ikan yang dah digoreng
Masukkan tomato yang dah dipotong
Akhir sekali daun bawang dan terus angkat


Selesai.
Kira ni cara mudah yang aku buat.
Selamat mencuba!





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

8 dak comei sayang YUI:

Shark Kay said...

phew...
terbaik ni yui.
faveret kalau masak pedas,
boleh dah tu masuk dapur sokmo pasni

Cik Yaya said...

salam..
yaya singgh sini..

wuuuii...sedap tgok tu...aumm ^,^

Amanda Suria said...

Suka bawal sweet sour...sedap..

zarul farhana said...

mudah ja..

eima said...

wow nampak sedap yui.... akak lagi suka bawal goreng rangup2..pastu mkn ngan kuah yui ni ..sbb ai is tak mkn ikan lembik2 hehehe

orked violet @ SYA said...

hahahahahha. same la kite yui..!

tak pandai xpe janji inisiatif tu ade. kan kan.. hahahahahhahahahahahaa

Ezy Loy said...

terbaik2!

Myra Jay said...

Woww!! nampak pun dah tau sedap..
My peberet kalau ikan buat masa gini..
betambah nasik ha :)