tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, November 25, 2016

Dugaan semalam berkaitan anak kucing

Awak ada friend di Facebook Yui? Kalau tak friend pun, awak boleh tengok post Yui sebab kebanyakan adalah PUBLIC.


Nak dijadikan cerita,
Semalam Yui ternampak anak kucing dalam longkang yang agak dalam bagi Yui. Sangat-sangat kebetulan sebab semalam teragak nak keluar rehat beli makanan untuk berbuka. Bila dengar suara anak tu, Yui tak tau fikir macam mana. Sempat Yui ambil gambar, dan post di FB dengan maklumat lengkap, dengan harapan ada yang berdekatan sudi tolong.


Ya,
Ramai terus komen, ramai terus share post berkenaan dan tak kurang juga ada komen negatif di sana dan juga dimana tempat orang lain share.


Yui taktau la tang mana mereka salah ertikan maksud Yui. Sedangkan mereka tak tahu situasi dan keadaan sebenar Yui semalam. Yui kekurangan staf, rehat sekejap, Yui puasa dan juga pening serta demam semalam.


Takpelah,
Apa pun alhamdulillah dan inshaaALLAH harini semua selesai.




Doakan semua dipermudahkan.


Media sosial boleh jadi untuk kebaikan dan juga jadi keburukan.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

Kakzakie Purvit said...

Itulah manusia Yui.
Tak semua boleh berfikiran positif walau dah depan mata ditunjuk situasinya..

CikSiti said...

sabar ye yui comei comei

timm bill said...

alhmdulillah semua dh settle kan..

Nur Safiena said...

Dah ada ke yg adopt anak kucing tu sis? Kalau saya di Sarawak ni memang aktif dalam Kelab Kucing Jalanan Kuching, Sarawak. Semoga ada hamba Allah yang berjiwa mulia jagakan anak kucing tu kan sis..

Nur Safiena said...

Dah ada ke yg adopt anak kucing tu sis? Kalau saya di Sarawak ni memang aktif dalam Kelab Kucing Jalanan Kuching, Sarawak. Semoga ada hamba Allah yang berjiwa mulia jagakan anak kucing tu kan sis..

MisDiarios said...

kesian nye sayangg ni :(

Warisan Petani said...

Semoga dipermudahkan segala urusan.

husna zahidi said...

cekal sungguh kak yui nih.. teringat dgn kata-kata omputih "where there is a will, there is a way.." moga makin kuat dan tabah handle stray cats.. :)

Fatin said...

Kesiannya.. Jangan kisah sangat ape orang cakap yg buruk2 eh..

Azhafizah Md Nor said...

Semoga murah rezeki Yui

MiaZain said...

kesiannya anak kucing ni... semoga tuannya dapat jaga dengan elok..