tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, November 22, 2016

Kisah Kopi vs Nurul Yui

Mula-mula nak habaq, isu sabun kopi atau sabun scrub kopi masih hangat diperkatakan. Haaaa, Yui takmo ulas lanjut. Benda tu sendiri punya pilihan sebab penjual tak paksa anda membeli. Dan anda sebagai pembeli ada hak untuk bertanya sebelum membayar.


Ok,
Berbalik pada kisah kopi vs Nurul Yui. Sebenarnya pagi tadi sambil siap-siap Yui dengar Hot FM. Geng deme pagi ini bercerita pasal kopi.


Maka Yui pun sajalah up entry macam ini memandangkan idea lain tiada. Hahaha.


Orang kata, minum kopi akan menghilangkan rasa mengantuk/menyegarkan. Tapi untuk Yui, itu semua tak menjadi. Balunlaah berapa bungkus/tin air kopi, kalau nak tidur tu tetap tidur.


Ada juga bagitahu,
Minum kopi waktu malam akan buatkan kita tidak tidur. Untuk Yui, itu juga tak terjadi. Hahaha.


Peminat kopi?
Ya, Yui minat kopi tapi takdelah sampai hari-hari kena ada kopi. Sekali sekala teringin baru beli dan pilihan haruslah kopi ais kawwwww. Haaaaa, sedap habaq kat hangpa. Tak sampai RM 2 pun sebungkus.


Yui minum kopi ada 2 sebab sahaja.
Pertama sebab teringin
Kedua sebab nak kurangkan pening


Tak percaya? Yui dah lama tak guna panadol kalau terasa pening kepala. Ubat Yui adalah air masak/kopi/kacip fatimah/redbull. Haaa, yang minuman tin tu tak digalakkan lah ya.


Sekian sahaja kisah kopi vs Nurul Yui.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

15 dak comei sayang YUI:

eima said...

ai kopi betui boleh minum ....tp klu yg mcm nescafe ke indocafe ke ...hat kopi dlm tin ke ... hat mmg penyebab sakit kepala .... pastu mcm pelik je bdn rasa .... angin kot ??

Shahida Dzulkafli said...

Yeah!! Ada geng..
Akak pun sama.. minum kopi lagi mengantuk.. hahaha..

Kakzakie Purvit said...

Yui ni boleh geng dgn hubby kakak
Kakak pulak terbalik kalau cuba curi-curi minum sebab bau dia kan harum mesti nanti kakak sakit kepala dan kembung perut. Mulut suka tapi kepala dan perut kakak ni tak boleh..

Cik Itah said...

sy yang tak minum kopi ni pulak susah mau tidur hohoho

Nurzakiah Hanum said...

same2

Atie Yusof said...

Akak ni dah kategori klu tak minum rasa malas sis.. rasa tak bermaya..haha.. addict sungguh..

Adam said...

Yang saya nak komen, semua 6 orang kat atas tu dah komen. Serupa pulak komen kami.

Enti yg akan datang saya tunggu untuk komen.

Amin Hakim said...

Saya pulak kalau dah pekena pirate coffee malam2, memang pukul 4 pagi masih berjaga lagi.. wife siap cakap saya nie jadi pak guard pulak.. ahaha

aRz MoHa said...

samalah kita yui...aRz kalau kata mengantuk...bagilah kopi apa pun tetap tidur

Anis Azalea said...

Anehnya Yui. Kita kena minum kopi hari2..kalau tak lesu...mata terbuntang takle tido kalau minum teh. Kopi tidur je. 1 lagi kalau minum kopi mudah nak "melepas". Haha.

Adam said...

Kopi yg sedsp sekali kopi tahi musang.
Hari tu saya pergi ke indonesia tak jumpa kopi tu.

Orked V. said...

minom coffee sbb pening?? slalu org minom coffee jd pening. hahahhahhaa

sya mmg coffee addicted level hardcore. sya rasa last sya makan panadol 10 tahon dlu kot. hehehe

Siqah Hussin said...

Ooo biasa dengar orang minum kopi akan rasa pening. Tapi yui lain pulak ek. Hihi.

Siqah pengemar kopi jugak. Ikut mood nak minum. Dan paling suka neslo ais nanye :D

Busyra Bt Takiyudin said...

kita beza skit yui. busyra kalau minum kopi jd pening sikit. tapi busyra kalau minum kpi ni alasannya sbb nak berjaga malam. hehe

Azhafizah Md Nor said...

samalah kita Yui, teringin dan kurangkan pening je.
kopi dah imun dalam badan..hehe