tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, November 29, 2016

Lazada Online Revolution 2016 - Parcel Of Joy | Brands For All

Zaman sekarang semua di hujung jari. Nak beli pun tak perlu bersusah payah bersesak, keluarkan duit minyak, mengambil masa yang lama. Hanya melalui online, mudah sahaja kan.


Jadi buat penggemar shopping online, Yui nak war-warkan mengenai jualan mega secara besar-besaran dari 11/11/2016 hingga 12/12/2016 khas hanya di laman web Lazada Malaysia.


Apakah maksud online revolution?

“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara.
Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.
Semenjak itu, “Online Revolution” Lazada telah membuktikan dirinya sebagai acara jualan runcit dalam talian yang tersibuk di Asia Tenggara. Pada 2015, AS$40 juta dalam Nilai Dagangan Kasar telah dicatatkan semasa finale yang berlangsung selama tiga hari.

“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.



Mengenai Lazada Group

Lazada Group mengendalikan  Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).

Dilancarkan pada Mac 2012, Lazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kepada para pengguna kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran, khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.

Lazada menawarkan jenama dan peniaga dengan sebuah pasaran yang ringkas dan akses terus kepada lebih daripada 560 juta pembeli di enam buah negara melalui satu saluran runcit tunggal.



Parcel Of Joy
Inilah yang Yui terima dari Lazada Malaysia. Meriah sebab ada pelbagai di dalam tu. Waktu buka, memang teruja sangat tengok dapat macam-macam. Sesuai sungguh dengan namanya, Parcel Of Joy.




1. Stikcer cermin kereta - Lazada Malaysia
2. Voucher - Lazada Malaysia
4. Baby Wipes - MamyPoko
5. Beg & pen - Lactokid
10. Krim & Gel Rambut - L'oreal 




Semua barang yang diterima sangat Yui suka. Lagi teruja bila dapat TP-Link Wi-Fi Range Extender . Memang membantu sangat bila ada Tp Link WiFi Range Extender ini. InshaALLAH nanti Yui cerita lebih lanjut di entry lain.



Lebih lanjut 


Apa lagi, Jangan lepaskan peluang untuk membeli belah dengan harga yang pastinya lebih berbaloi. Pastinya anda tidak menyesal!



Klik bawah untuk terus ke laman web







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

9 dak comei sayang YUI:

Jie Susanos said...

terbaik la yui dpt habuan dari lazada..

huhu

Myra Jay said...

Menarik dapat macam2 dalam 1 box.. dok tengok ramai review gitu.. tapi cane nak beli / dapatkan camtu gak or lazada randomly bagi or kita sendiri pilih. Sorry banyak tanya 😊

Kakzakie Purvit said...

Ini Yui beli atau dia bagi FOC sebab Yui beli sesuatu darinya
Banyak tu!

Unni Anje said...

MACAM MN YERR DAPT BOX DR LAZADA TU

eima said...

menariknya .. ari tu yg 11.11 tu kita rembat jg

Ana Fatihah said...

Memang jeles tengok semua dapat sebab kita terlepas box of joy nii. Haha. Tulah, suka skip baca emel lagi. :p

Busyra Bt Takiyudin said...

busyra tak dpt yang ni yui. hehe. best!

Nadia Johari said...

menariknya tp link tu

Cik Itah said...

wahhh bestnya