Kalau ada festival makanan Thailand, antara menu yang kena cuba haruslah Kerabu Megi Thai. Tapi korang boleh tengok bahan dipamerkan sebelum membeli ( sebab ada gerai letak banyak bahan ).
Kalau rasa macam nak lebihkan bahan & buat dengan lebih mudah, mailah try cara Yui. Memang Yui buat seringkasnya dan sesedap tekak sendiri. Takde tambah sos sotong/cuka.
Yang ini plak cara orang menjual.
1 bekas biasanya RM 6
Saja Yui buat konon macam jual
Miahahaha!
Kalau rasa macam nak lebihkan bahan & buat dengan lebih mudah, mailah try cara Yui. Memang Yui buat seringkasnya dan sesedap tekak sendiri. Takde tambah sos sotong/cuka.
Ini menu Yui malam tadi sampai ada yang minta cara
Maka, Yui up untuk entry ini ya
Bahan-bahan
2 bungkus megi Thailand ( paket warna merah )
Sotong
Udang
1 biji tomato (potong dadu)
Sedikit daun sup
Sedikit lobak
1 biji limau kasturi
Cara-cara
Celur sekejap lobak, angkat dan masukkan pula sotong & udang. Sekejap sahaja. Toskan bahan tadi. Air yang digunakan, jangan buang sebab boleh masukkan magi Thai pula dalam itu ( ada serap rasa sotong & udang tadi ). Sama juga, jangan terlalu keras dan terlalu lembik. Toskan Magi.
Hiris daun sup halus-halus. Potong tomato bentuk dadu. Bahagian paling seronok, gaulkan semua bahan tadi termasuk perencah yang ada dalam setiap bungkusan magi ( perencah & minyak ). Gaulkan sebati.
Siap untuk di makan.
Yang ini plak cara orang menjual.
1 bekas biasanya RM 6
Saja Yui buat konon macam jual
Miahahaha!
Selamat mencuba!
9 dak comei sayang YUI:
senang gile nk buat tp x rajin nak buat. acaner tu. hehehehe
sya ade sekotak mee serda kat umah beli kt kelantan aritu =)
Nampak menggoda Yui
Kakak ni kurang suka megi tapi bila nampak ni boleh pulak teringin:)
senang jer rupanya..:)
sedap nyaaaaaaa :DD
http://mellyacrayola.blogspot.my/
tq sharing
nk cuba la
cili padi tuu buat kecur oii..hihihi
nak panggil kerabu maggi ke maggi kerabu ni ...?
Yui.. Meggi thailand tu mmg ada jual ea... Adeh... Sabo jela... Xupdate sungguh rasa... Ok akan ku cari meggi thailan tu
yui, kalau pakai megi malaysia, boleh tak?
aida makan kerabu maggi ni kat kelantan.
aduhai sedap nyer la hai...
terkenang2 sampai skang!
Post a Comment