Paling malas Yui masak, adalah telur goreng lepas itu potong bawang+cili+ kicap. Selesai. Heeee, kalau ada buat menu lain, itu rajin sikit jelah. Hahaha.
Oklah, Yui nak share cara Yui masak paprik. Paprik ala bujang sebab si tukang masak masih bujang dan paling penting menggunakan bahan-bahan yang mudah.
Oklah, Yui nak share cara Yui masak paprik. Paprik ala bujang sebab si tukang masak masih bujang dan paling penting menggunakan bahan-bahan yang mudah.
Udang tak nampak sebab dah habis
Bahan-bahan
Sotong secukupnya
Udang secukupnya
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Sedikit serai
3/4 daun limau purut
Sos tomato
Sos cili
Lobak
Bunga kobis
2 cawan air
Garam secukup rasa
Cara-cara
Potong bawang merah & bawang putih. Tumiskan terlebih dahulu
Masukkan lobak
Ketuk serai & masukkan selepas bahan di atas naik bau
Masukkan air kemudian masukkan sos cili & tomato
Gaul sekata & masukkan daun limau purut
Biar sekejap hingga naik bau kemudian masukkan sotong & udang
Masukkan bunga kobis & garam secukup rasa
Siap.
Senangkan kalau menu cara Yui. Miahahaha. Korang boleh lagi masukkan bahan mengikut kesesuaian. Sesuai di makan dengan nasi/kuehtiau/bihun. Kalau malas, letak telur goreng pun sedap tau.
6 dak comei sayang YUI:
Nyam2.. my peberet too :)
Bukan daun serailah sayang... serai hihi...
Kot nanti ada yg guna daun serai pulak dik:)
menus ihat ni lengkats eklai dgn sayur tapi sekali je masak
sedapnya..sotong tu pebret!
Sedap! Simple je masak.
sedap masakan paprik :)
Post a Comment