tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, July 10, 2014

Ramadhan 1435H Nurul Yui - Cara berbuka puasa

Dah 12 Ramadhan dalam sedar atau tidak. Rasa masa berlalu dengan pantas. Atau kita sendiri sering leka dengan masa yang ada?


Sengaja aku coretkan dalam diari online ini mengenai ramadhan 1435H diri sendiri. Alhamdulillah ada perubahan yang telah & berjaya aku lakukan. Kalau tahun-tahun sebelum ini, sesudah sahaja azan, terus menikmati juadah yang terhidang tidak kira ringan atau berat.


Tahun 2014, aku biasakan diri dari hari pertama puasa, berbuka dengan air & kurma. Kemudian dirikan solat Maghrib & selepas itu baru menikmati juadah lain. Alhamdulillah, rasa lebih selesa. Rasa "berat" untuk mendirikan solat itu tidak ada.


Sebelum ini, makan & minum selagi boleh tapi sekarang alhamdulillah makan sekadar perlu. Yang lebih seronok bila tahun ini berjaya menguatkan diri untuk lebih banyak masak walau hidangan biasa sahaja.


Rasa seronok. Moga perubahan ini terus kekal untuk hari mendatang. Baru ku rasakan nikmat berpuasa & nikmat berbuka. Bersederhana dalam setiap perkara.




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

9 dak comei sayang YUI:

Unknown said...

Tahniah dear, memang itu la yang sepatutnya.. Salam Ramadhan ke-12 :)

Hazmin Hamudin said...

Tahniah la ye. Kalau jenis lepas melantak boleh je solat lagi ok je nak melantakkan. Hehe

Cik Rose said...

tahniah Yui..

eima said...

bagus .. bagus ...
cam ai ni mkn je semuanye tp kuantiti tak byk pun sbb tah la bln puasa ni nafsu mkn cam terhalang sikit ... hmmm

jie susanos said...

huhu..perubahan yg menakjubkan..cool yui..

Unknown said...

perubahan yg bgus tu yui..

Azhafizah MN said...

itulah sebaiknya kan :)

fieda said...

alhamdulillah yui...teruskan hingga habis pose ye..

Mimie said...

semoga usaha yui terus kekal