tentang
banner
tutor
fb
home

Friday, October 23, 2015

Amalan menyimpan/menabung duit hijau

Amalan menyimpan duit hijau ini aku baru mulakan awal tahun 2015. Bukan apa, salah satunya sebab pernah terbaca artikel di fb & blog. Terus menarik minat aku.


Sebelum ini rajin kumpul duit syiling aje.




Senangke nak simpan duit hijau ini?
Senang kalau anda ada KEINGINAN UNTUK MEMBUAT DEMIKIAN.


Cara mudah untuk elak guna/terguna?
Bila nampak je duit hijau dalam dompet, selitkan dulu tempat lain. Kalau cara aku, LIPAT SEBAGAI TANDA UNTUK SIMPANAN.


Tiap harike menyimpan?
Kalau tiap hari aku ternampak duit hijau, tiap harilah menyimpan. Kadang selang 2-3 hari juga. Ralat juga rasa sebab tak dapat menyimpan tiap hari.


Dah banyak?
Tak banyak tapi jadilah dari tak menyimpan langsungkan.


Sebenarnya baru-baru ini aku dah tukarkan duit hijau ini kepada benda lain. Bila fikir, apa guna ada duit/simpan semata. Jadi setelah meneliti, aku buat benda lain menggunakan duit simpanan ini.


Apa aku buat?
Nanti aku story lain ya.


Korang pun boleh amalkan. Kalau dapat simpan duit merah lagi syiok. Duit biru & ungu itu lagi bagussss!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

16 dak comei sayang YUI:

izzeyda said...

sama laa kita.. dulu suka nyimpan duit 50 sen.. eyda buat pun selepas terpengaruh tengok rakan blogger lain buat.. duit hijau jer yang mampu pun.. alhamdulillah dah banyak menyimpan.. in shaa Allah ujung tahun nih nak beli something yang dah lama idamkan..

safurara said...

akk simpan duit singgit. kt opis.nk simpan asek lupa.last2 guna kalau time lupa cucuk duit.hahaha

FarahFerraDotCom said...

Farah pun menyimpan cara nie jugak.. tapi simpan duit oren..heee..=D

Rizziela said...

saya pernah buat...dah 2x terguna waktu2 emergency.. ingat nak start balik utk beli EMAS plak..pelaburan masa depan

Wak Lat said...

walhasil balik asal tuu ;p

Zafirah Kama said...

duit hijau.. duit hijau.. duit hijau...

Anum said...

singgah pagi

ienaeliena said...

Wah menarik.. boleh cuba nanti

zazanizam said...

wah bagus yui, akak simpan duit syiling kat opis dan umah abg hehe. Boleh try ni simpan duit kertas pulak.

Azlina said...

ADA JUGAK BUAT TAPI TAK KENTAL LA... PASTU GUNA...HUHU

Siti Sharini said...

bagus bagus

Dunia Zumal said...

Nak siMpan juga la duit hijau tu...

ayuadyani said...

wah,bagusnya..boleh cuba buat ni..

Nory Zoulkefle said...

terbaekkklah Yui..akak tak gigih dik nun..tapi teringin jugakk..hahaha

Azhafizah MN said...

fiza pun simpan duit hijau..seronok bila dah banyak tu kan

Sha Mohamed said...

Semangat kena kuat kalau nak buat camnie.. Sha memang kurang berjaya kalau menyimpan camnie.. hehehe..