tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, July 09, 2015

Kenangan Ramadhan : Duit Raya

Perkara ini masih jelas dalam ingatan. Abah aku pernah pesan, sehari puasa dapat RM 1. Kau tahu kan, puasa penuh dapat berapa? Memang untunglah.


Ini salah satu taktik nak didik anak-anak berpuasa.
Motif utama bukan pasal duit, tapi nak latih. Itulah anggapan aku sekarang dan aku yakin abah aku bagitahu macam itu sebab nak anak-anaknya puasa penuh.


Seperti dijanjikan, dah tiba hari raya, abah aku bagi duit raya.
Kadang dia bagi RM 30 terus. Nilai RM 30 waktu itu memang dah cukup besar bagi aku. Padahal ada juga puasa aku tak penuh [entry], hahahaha!


Maaf abah, anakmu ini pernah menipumu.
Sekarang aku dah besar, aku pula bagi duit raya pada mak dan abah walau ku tahu mereka tak harapkannya. Itu semua ikhlas.


Dulu RM 1 tu dah kira banyak woooooooo!




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

13 dak comei sayang YUI:

Nurzakiah Hanum said...

suka kan dapat rm1

Dunia Zumal said...

Betul tu, dulu RM30 boleh beli macam2...

Ibu Lala said...

Penuh tak penuh pose tetap dapat duit raya kan. X sampai hati nak potong. Anak anak akk mcm frust je bila bgtau yg duit raya tahun ni sorang rm50 je. Dorang expect byk. Tp akk kata kena potong sbb bergaduh, x solat dan tak dgr cakap ibu ayah. So kitaorg potong duit raya. Anak yg no 2 kata erm buat penat je pose penuh. Sampi bila nak camtu entah la.

Cik Ash said...

Zaman kanak2 kita dulu memang best dapat duit raya RM 1... Zaman sekarang budak dah demand hihihi

#bloggerutara

Syeeda said...

bestnya dpt duit raya kn.. rindunya zaman kanak-kanak..

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Sama la..dgn anak2 kak atie...masa diaorg tadika..bg sehari singgit klu puasa.
Alhamdulilah seusia 5 tahun..mereka puasa penuh!Dah sekolah ren..puasa penuh dgn kerelaan sendiri...xder upah2 dah..hihi

IQ = Iez Qis said...

sama la, dulu time kecik2 mesti abah cakap sehari puasa dapat singgit...
kemain la kita ni puasa cukup sebulan, walaupun cilok jugak minum air paip depan umah tok. XD

Diana Rashid said...

dulu zaman akak kecik la tahun awal 90 an,seringgit tu boleh beli aiskrim sebatang,asam masin sebungkus, jeruk pelam 2 potong,lepas tu cekelat 3 biji.heheh

Azhafizah Md Nor said...

seronok puasa dulu² excited nak dapat duit raya..sekarang ni duit Rm1 pun budak² xpandang dah.

eMMe said...

tahun ni cut bajet yui.. 1-2 ringgit itu la duit raya utk anak2 sdara...

Siti Nurzafirah said...

Hahaha..

Nak ngadu kat abah kes time amek wudhuk tu..

zai zamree said...

dl 20 sen pon dh cukup besar rsnya...p braya byk2 rumah dpt puluh2 hinggit bkn main suka lg

Eka Tikah said...

budak2 skrg memilih. nak duit hijau je. RM5. hahaha