tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, July 09, 2013

JJCM versi Yui : Restoran Bro's Corner Station 18, Ipoh

Malam 2/7/2013 aku, adik aku dan seorang rakan rumah pertama kali mencuba makan dan minum di restoran ini. Bukan apa, sebab yang dah pergi, sangat mencadangkan agar cuba rasa di restoran bro's corner.


Yang pakat nak cari chicken chop, grill chicken chop, lamb chop, beef dan sewaktu dengannya dengan harga yang sangat berpatutan, aku cadangkan sendiri datang! Serious, rasa best! Kuah pekat. Harga berpatutan.


- set grill chicken chop -


Set grill untuk aku. Sebenarnya ada sayur tapi tak nampak sebab terlindung mangkuk sos. Hihi. Yang adik aku cuba nasi chicken chop dan kawan serumah cuba set beef. Ayam memang lembut. Daging agak liat sikit tapi masih boleh diterima.


- cheezy wedges RM 4 -


Jom aku senaraikan apa yang kami makan berserta jumlah harga yang dibayar.

1) Set nasi chicken chop : RM 10
2) Set grill chicken chop : RM10
3) Set beef : RM10
4) Cheezy Wedges : RM 4
5) 3 ais lemon tea : RM 3.40
6) 1 air tin mangga : RM 1.80

Jumlah harga : RM 39.20


Aku tak pasti air itu sekali set or apa sebab tak tanya. Tapi harga memang macam itulah.




Restoran Bro's Corner
7 Medan Stesen 19/6 
Station 18
31650 Ipoh, Perak
Mohd Azri : 017-5510952


Restoran ini berdekatan dengan Kamdar. Kamdar sebelah kanan, dia sebelah kiri. Kira kanan kedai masih kosong. Satu-satunya kedai makan yang ada sederet itu buat masa ini.


Maaf ya sebab tak dapat ambil semua gambar. Pakat lapar terus ngap. Kih kih.





guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

19 dak comei sayang YUI:

IntaNBerliaN said...

eh, murahla... cantik je dia hias

shaFazie said...

sedap & murah mmg berbaloi tu yui...:)

Nurzakiah Hanum said...

macam best nie

AnneRaini said...

puas hati kalo mcm ni.. harga sgt berpatutan dan rasa mabeles..

eima said...

ok la tak mahai sgt tgk die deco nampak menarik tu .... bila nk sampai ipoh ni asek lalu je kat hiway tu

Kakzakie said...

Tersangatlah murah Yui. Kalau tempat kakak sini chicken chop set pun dah dekat 20 ringgit...

selamat berpuasa dik

Cik Yatt said...

sedapnye western.. yatt suka western

Deqla Manjew said...

terliur tgk chesse wedges ngan air tu.. sedapnyeee...

ieda immi said...

sedapnyeee
leh tahan murah ye

diana said...

memang murah la..biasa harga belas2 tau kalau chop2 nih..heheh

Nory Zoulkefle said...

nanti kalau akak gi Ipoh nak try makan kat sini lah...nak try rasa chicken chop dia...

C.M.A @ CikMoonAdnan said...

wahhh murah juga harganya....

beta kupu said...

Bley tahan jugak tgk griil ciken tu...harga pun berbaloi2

Cik Nur™ said...

alahai..sedapnya nampak...
nanti bila2 boleh cuba.. :)

are_lin@yu said...

sdapnya dahla tgh ngidam western food ni.hihi

Syida Rasyidah said...

murah kot, balik kmpg nti harus kena terjah :D

wawa syaida said...

teringin nak makan western dari sebelum puasa sampai ke dah start puasa hari ni...still xdapat nak makan huhu

ayut said...

RM10 tu msih kategori murah tau....nampak menarik presentation yer...

MaYa MustWany said...

adoii chicken chop... nyum3