tentang
banner
tutor
fb
home

Thursday, October 17, 2013

Renungan untuk kita bersama

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak
yang liar.


Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga
harta dunia.


Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang
menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar
kerosakan yang mahal.


Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak
pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.


Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman
dan terjaga segala.


Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang
panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.


Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki
yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak
dijangka.


Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa.
Bertawakal.
Hanya Dia, ALLAH Yang Maha Adil




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

14 dak comei sayang YUI:

Anum said...

terima kasih sudi berkongsi

Azhafizah MN said...

Alhamdulillah..sentiasa bersyukur dengan apa yang ada itu adalah lebih baik dari terus mempersoalkan itu ini :)

Cik Rose said...

muhasabah diri sendiri.

Mun said...

apa yg penting... syukur alhamdulillah dgn setiap apa yg kita miliki hari ni :)

Unknown said...

bersyukur dengan apa yang ada.. ^^

ayuzan said...

kena byk2 syukur....

Cik Itah said...

renungan buat diri sendiri...nice sharing yuii..

p/s blogwalking dalam kesibukan : salam aidiladha yuii..

Kniedaz said...

thanks for sharing...

EkaTikah said...

bersyukur atas segala nikmat yg diberi. Alhamdulillah :)

Unknown said...

yer..bersyukur dgn apa yg Allah kurniakan ni..

Miss N™ said...

Percaya pada Allah...itu je kuncinya.. :)

ayut said...

yup...rezeki masing-masing...ada bahagian masing-masing...yg penting sentiasa bersangka baik dengan rezeki yang Allah berikan.... :) peringatan utk diri sendiri...

Unknown said...

rezeki dari Allah itu berbeza2.. syukur alhamdulillah...

Shida Radzuan said...

rezeki msg2 kan yui..bersyukur dan redha dgn ape yg allah beri pada kite..