tentang
banner
tutor
fb
home

Monday, November 18, 2013

RESEPI : Cheesecake meleleh versi kukus paling mudah

Nampaknya ramai pakat tanya resepi versi daku sendiri setelah melihat entry { ini }. Ecehh. Korang sajekan. Takpe aku kongsikan versi aku sendiri. Tidak perlu bakar membakar sebab kek aku kukus sahaja.


BAHAN-BAHAN

1) 100 gram tepung gandum *
2) 60 gram tepung jagung *
3) 1 sudu kecil baking powder *
4) 1 sudu besar ovalette
5) 100 gram gula kastor
6) 4 biji telur
7) 2 biji kuning telur
8) 50ml air sejuk ( air dari peti sejuk )
9) 75 gram mentega cair


CARA-CARA

1) Ayakkan dahulu bahan bertanda *
2) Sebatikan semua bahan diatas kecuali mentega cair
3) Pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair & sebatikan
4) Kukus selama 40 minit ( cucuk guna garpu & jika kek tidak melekat pada garpu itu tandanya sudah masak )

* Nak letak pewarna pun boleh ( perisa rose atau pandan atau ikut suka )


BAHAN & CARA UNTUK CREAM CHEESE

1) 250 gram cream cheese
2) 120 gram susu pekat manis
3) 50ml UHT whipping cream

* Satukan semua bahan di atas hingga sebati. Ikut resepi asal katanya cair tapi daku buat tak cair. 


BAHAN UNTUK HIASAN

1) 1 buku ( 250gram ) cheddar cheese diparut

* Daku guna beberapa sahaja dan potong guna pisau. Tak parut bagai sebab untuk makan sendiri. Huhu.


CARA PENYEDIAAN

1) Kek yang masak tadi sejukkan dahulu kemudian bahagi pada 2 bahagian
2) Tuangkan cream cheese di atas kepingan pertama
3) Lapiskan dengan kepingan kedua & tuang semua baki cream cheese atasnya
4) Tabur cheddar di bahagian atas sebagai hiasan

* Kalau nak tabur cheese yang diparut pada kepingan pertama pun boleh. Lagi bertambah sedap!




Boleh simpan dalam peti ais. Tahan hingga 3 hari ikut apa yang aku buat. Kalau dah melantak habis dalam sehari sudah settle semua. Hahaha!


Itulah hasilnya seperti dalam gambar. Nampak tak comel tapi rasa comel ok. Selamat mencuba ya. 







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

27 dak comei sayang YUI:

Anum said...

sedap

Cik Itah said...

thanks share yui..nanti nak try la :)

Azhafizah MN said...

memang meleleh ni yui..kalau buat sendiri semua mesti extra kan..favourite!

- AZIE - said...

bestnya tgk yui....sedap!.tlg buatkan heeee

Myra Jay said...

Kalau rasa tu comel, konpem meleleh punya :D

Unknown said...

salam..
memang sedap sangat kek ni..
jemput singgah page baru saya
https://www.facebook.com/pages/Tudung-Terkini/474205746007448?fref=ts

Unknown said...

Nak try lha. Mcm sedap je~ Mcm sedap je~ :3

iAmCekbolat said...

Ohmaigadddd ! sedapnyaa tgok . mcm senang jer , mcm senang jer . hihi

Kakzakie Purvit said...

Ala Yui tak tunjuk yg dah kena potong pulak ye... sedap ni - bolehlah kakak free kakak nak cuba style kukus ni.

Unknown said...

nampak sedap ni yui.. copy resepi ye, t ada masa boleh buat :)

licha said...

wahh.. bagus ni Yui. tenkiu sbb share ye.. hehe

Anonymous said...

tq share resepi. done clik2 nuffnang juag yer !

Unknown said...

wahhhh kalo cpt habis tu means sedap sgtlah tuh!!

Mimie said...

thanks yui share resipi

izyantyPersonalTaste said...

dah terliur nie...dapnya...cam susah je nak buat he3..a.k.a malas huhu..semoga cepat sembuh

Miss N™ said...

nanti boleh cuba..!
thanks sudi share.. :)

Unknown said...

sedapnya cheese!

Unknown said...

UHT whipping cream tu cmne ye.?

Unknown said...

UHT whipping cream tu cmne ye.?

Unknown said...

nak try buatlh... :)

Unknown said...

Klu x letak ovalette blh x?

nurizan ahmad said...

nak try buat..

LaL@ said...

assalam.. nk tnya. ermm... klau cream cheese tu kn. klau gnti ngan susu cair boleyh?? :-)

nuyui a.k.a miss YUI said...

Lala,

Rasanya macam tak berapa nak ok kalau ganti susu.. sbb struktur cream cheese tu nanti lebih sedap.

Anonymous said...

sedapnyerr.. nk cuba la..

ainsyamimi said...

Assalam, 100gm tu kalau digntikan dgn sukatan cawan berapa cawan ya? Hrap sudi kongsi

nuyui a.k.a miss YUI said...

Syamimi :

Yui xpernah try plak kalau gitu. Tak sure. sbb ada resepi yang yui memang ikut cawan aje.