Nama menu entah apa-apa. Merepek je. Tapi memang betul simple pun, so sesuailah nama macam itu. Nama tak penting, yang penting rasanya.
BAHAN-BAHAN ( 1 orang )
1) Isi ayam yang dipotong ikut saiz yang kita nak
2) 4 ulas bawang putih
3) Lada hitam
4) Sedikit garam
5) 2 batang sosej
6) Sedikit butter
CARA-CARANYA
1) Bawang & lada hitam ditumbuk
2) Gaul dengan ayam & masukkan garam
3) Perapkan 4 jam ke atas ( simpan dalam peti sejuk )
4) Cara perap sosej pun sama, guna bahan di atas
5) Grill dengan cara letak butter sedikit sahaja ( aku guna kuali biasa main letak-letak )
* Korang boleh tambah dengan bahan herba lain macam origano ke, original ke, yang macam letak pada topping piza. Ini resepi mudah sesangat yang aku cuba.
Yang buat terasa adalah dari bawang putih, aroma dia menarikkkkk! Korang boleh adjust tambah bahan lain. Simple sesangat. Nak buat ala-ala kepak ayam madu pun ok tapi ini disebabkan menu pantang diet atkins jadi bahan dia sangatlah mudah.
Tolong jangan nak bandingkan dengan resepi lain ok sebab ini cara masak aku. Aku suka simple asalkan boleh telan dan makan dengan kenyang. Huhu.
14 dak comei sayang YUI:
akk suka resepi yg simple ni... marinate ayam mmg best
nyum2
nak try ni yui.. hehe
yg simple mmg akak suke..tq yui share resepi nie..
diet atkins memang tak makan nasik kan?
good luck yui
ok balik ni nk buat!
Ayam tu nampak sedap sangat
ni resepi yg atkins tu bg ker?
Sedap! nak lagi mudah gune black pepper dan garam je..:)
macam sedap ja tu yuii..
ringkas & sedap ni !
walaupun simple, tapi nampak sedaplah yui.. :)
sedapnye yui hee
hmmm terliur akak dibuatnya..
Post a Comment