tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, December 16, 2014

Kejadian di Hentian Pudu tidak berulang

Ecehh! Kemain tajuk tidak berulang. Tidak berulang buat masa inilah. Akan datang, kita sendiri pun tak tahu nasib kita macam mana.


Ok, entry sebelum ini aku bagitahu pasal tiket ETS ke Ipoh habis. Lepas itu aku terus ke Hentian Pudu. Bila ingat kejadian lama, aku terus BERJAGA-JAGA [ kisah lama ]. Sampai sahaja, macam biasa ada saja manusia yang akan mengekori kita. Pujuk rayu dengan kata-katanya untuk beli tiket.


Apa yang aku buat?

1) Terus sahaja berjalan walau ada yang panggil atau mengekori
2) Bagi saja alasan kita dah beli tiket
3) Berjaga-jaga dengan barang yang kita bawa
4) Terus menuju ke kauter tiket tanpa kehadiran manusia yang lalu lalang


Pilihan bas aku hari itu? Plusliner. Sebab aku perhatikan hanya kaunter tiket plusliner nampak tenang & pembeli beratur dengan tertib. Tiada langsung manusia yang akan mengekori kita hingga ke kaunter.


Kekurangan bas plusliner adalah tempat duduknya agak sempit. Kalau bawa beg besar, payah sikit. Itu tak menjadi masalah, yang penting perkhidmatan diberikan. Bas bergerak tepat jam 2.00 petang tanpa singgah hentian bas mana-mana. Akan turun di Medan Gopeng dan hentian terakhir di Amanjaya, Ipoh lebih kurang jam 5.00 petang.


Alhamdulillah, sangat lega bila selamat tiba tanpa kejadian lepas.


Aku adalah manusia yang jarang menggunakan perkhidmatan awam jadi agak ralat bila kejadian tak diingini terjadi. Apa pun, semua ini pengalaman.


Minggu ini pergi KL, dah siap-siap beli tiket ETS pergi dan balik. InshaaALLAH tak berlaku kejadian tiada tiket. Mehmehmeh.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

11 dak comei sayang YUI:

Myra Jay said...

Kalau akak sure ketaq lutut gak camni..

Pernah kena amsa abes SPM kena pegang belakang dan peha

Anum said...

insyaallah

Azhafizah MN said...

Fiza pun jarang guna perkhidmatan awam..kalau terpaksa memang kena berhati hati sangat..

Unknown said...

jgn pandang kiri kanan..
berlakon je buat2 dah familiar tempat tue..
yang pasti wat muka garang.
hehehe.
kompom xdek org brani ikut

Eny Abdullah said...

Saya pun selalu risau kalau naik bas... org lain sedap tidur je atas bas... hehehe
Nak menang RM100, RM50 dan hadiah misteri... jom join G A di blog saya….
http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html

lynndamya said...

Salam, whoa! kesian yui terbeli tiket dgn ulat..sy klw beli tiket kat bus stand mmg terus beli dpd kaunter..xsuke dgn ulat2 yg asyik mengekor je desak kita sruh beli tiket..haihh~

Alongxp said...

teringat kenangan saya kena 'pow' masa nak balik ke johor, masa tu jalan kaki dari central market nak ke pudu...

anamizu said...

fuhhh mendebarkan baca kisah Yui hehe. ana ni smnnjak dah bekerja & ada kereta sndiri ni mmg dah x pnh guna public transport. ape tah lg kalo nk ke KL lg la ana mmg x pandai hehe

Unknown said...

Epilog Life || buat hati kering je. set target bus. jangan jadi lalang takut nanti digoda ulat

arysha_fayyadh said...

Assalam yui,
bawak ler companion next time
lebih selamat rasanya he3

Nadia Johari said...

memnag tak layan orang yang pangil2 tu