tentang
banner
tutor
fb
home

Wednesday, December 17, 2014

Tak berapa sihat

Siapa yang suka sakit? Tapi bila jadi, kena ingat sakit itu penghapus dosa-dosa kecil. Mula rasa tak sihat sejak kenduri di Kajang. Baru nak suap nasi dalam mulut, mulut tak boleh nak buka "luas". Bayangkan, nasi boleh jatuh semula dalam pinggan ( tak semua masuk mulut ). Dah macam bocor pula.


Picit tang gigi, tak sakit. Picit tang pipi tak sakit juga. Tekan bahagian hujung rahang pipi, rasa sakit sikit. Nak kata bengkak tidak. Nak kata sakit gigi pun tidak. Bengkak cantik? Bukan juga.


Sekarang, kalau nak bagi lalu makan, kena pakai sudu dan garpu. Jadi orang barat sekejap. Kalau guna tangan, memang "tak nikmat" apa yang di telan.


Dah 2 hari setiap malam badan akan rasa seram sejuk. Nak kata demam tidak. Bangun pagi alhamdulillah ok.


Hari ini, kepala berdenyut-denyut. Salah makan pun tidak. Adalah tu tak kena. Mungkin kena hujan sikit-sikit. Aih, manja benar badan ini sekarang.


Jadi, sekarang aku buat kerja mana yang larat. Jari masih boleh menaip tapi kalau dapat baring itu dah kira bonus untuk diri sendiri.


Korang jaga kesihatan baik-baik. Musim sekarang ini.







guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

9 dak comei sayang YUI:

Nur Inani said...

jaga kesihatan elok2 :)

Mardiah Diana said...

Semoga cepat sembuh dik Yui...

Lynn Hamzah said...

moga cepat sembuh yer...

Eny Abdullah said...

Saya baru lepas sembuh...sebab cuaca kot... get well soon k...

Join join giveaway di blog
http://enyyusnizar.blogspot.com/2014/12/giveaway-by-eny-abdullah-komen-banyak.html

Cho Zila said...

jaga kesihatan yui.. akak doakan semoga cepat sembuh..

eMMe said...

byk minum air kosong...jgn minum air manis je.. jaga kesihatan yui sama.. same2 la ingat mengingati, kalo rasa cam tak sedap badan je, jgn biar, terus mkn ubat tau! cepat sembuh yang...

AnneRaini said...

cuaca tak menentu ni mmgla boleh buat bdn sakit. banyakkan rehat ye yui.. kalau dah rasa bdn tu xberapa sihat, jgn dipaksa pulak buat benda berat2.

anamizu said...

adeh cian Yui. jaga diri bebaik tau Yui. bykkan minum air masak.. Get well soon :)

Nadia Johari said...

rehat yui