tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, December 30, 2014

PUMA Malaysia

Korang biasa bersukan? Pastinya dah biasa dengan peralatan sukan yang ada dan pasti dah biasa dengar jenama sukan terkenal Puma Malaysia bukan? Satu jenama yang amat dikenali seluruh dunia dengan pemasaran produk lebih dari 120 buah negara!


Ditubuhkan pada tahun 1924 oleh Adolf dan Rudolf Dassler sebelum mereka mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat masing-masing pada 1948 iaitu Adidas dan Puma.


Untuk pengetahuan korang, syarikat yang berasal dari Jerman ini merupakan sebuah syarikat multinasional yang menghasilkan kasut sukan, pakaian sukan dan aksesori untuk lelaki & wanita yang menjalani kehidupan sihat dan aktif. Hebat bukan?


Sudah melebihi 80 tahun dalam industri ini, sudah semestinya Puma antara jenama pakaian sukan yang menjadi kegemaran di seluruh dunia. Mereka juga telah menaja nama-nama terkemuka industri sukan seperti Pele, Diego Maradona, Cesa Fabregas, Rickie Fowler dan atlet Jamaican terunggul iaitu Usain Bolt.



Di Malaysia, produk jenama Puma memang mendapat permintaan yang tinggi buat peminat sukan. Antara produk menjadi kegemaran ialah kasut sukan di mana kasut ini menjadi produk terbaik dalam pasaran. Kasut Puma sangat selesa dipakai kerana direka mengikut kesesuaian tapak kaki. Paling menarik bila korang sendiri selesa memakai tidak mengira apa tujuan samada bersukan, berlari, berjoging dan lain-lain.


Puma sangat mementingkan kualiti terhadap produk yang dikeluarkan maka itu menjadi faktor kepada penerimaan orang ramai terhadap jenama Puma. Korang bosan dengan rekaan yang biasa? Dengan Puma masalah korang itu selesai! Tak percaya?


Mereka sangat kreatif dalam menghasilkan rekaan yang stylish & fashionable. Rekaan yang menarik, pemakaian selesa, warna yang ceria itulah keluaran Puma. Korang pun seronok! Sebab itu mereka diterima dengan cukup baik sehingga berjaya memasarkan produk ke lebih 120 buah negara di seluruh dunia.




Tidak ada lagi stigma lama barangan sukan kelihatan 'dull' atau membosankan apabila anda menggunakan produk Puma. Sebab apa? Produk menarik, stylish, trendy & fashionable! Sambil bersukan pun korang boleh bergaya. Pergh, sangat menarik keluaran Puma!


Mana nak dapatkan produk Puma?
Sekarang tak perlu bersusah payah habiskan tenaga, buang masa, isi minyak kerana teknologi yang ada kini boleh digunakan. Membeli hanya di hujung jari anda!





Dapatkan kasut sukan, pakaian sukan, aksesori sukan dan macam-macam lagi daripada Puma Malaysia secara online. Pelbagai koleksi kasut sukan & futsal yang terbaik untuk anda miliki.


Apa yang penting, barangan Puma tidak terhad untuk para jejaka yang aktif sahaja malah mereka telah meluaskan rangkaian produk untuk golongan wanita juga. Jom beli kasut Puma secara online dan dapatkan harga yang jauh lebih rendah jika korang beli ketika musim sale Malaysia atau warehouse sale.


Pastinya korang terkejut dengan apa yang bakal korang alami ketika membuat pembelian secara online yang mudah, selamat & terbaik! Apa lagi, jangan tunggu lama-lama =)






guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

5 dak comei sayang YUI:

Anum said...

love puma

zazanizam said...

yeahh!! zaza mmg ada 1 kasut puma. suka cantik..lasak. jogging setahun sekali kot hehe.

Azhafizah MN said...

dah lama tak dengar brand puma ni..

Anonymous said...

among my fav brands.. harusla puma then adidas hehehe.. tapi slalu xde size sbb kaki kecik.. papep pun yeaah.. puma rocks..!!

eMMe said...

smart yui.. bole beli tak utk akak, heee~ wat beg balik kg, heeee..