tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, December 23, 2014

Perjalanan pagi ini ditemani hujan

Semalam aku ambil AL, konon nak rehat sebab 2 hari di KL tapi apakan daya ada kerja lain ku buat untuk memanfaatkan cuti yang ada. Alhamdulillah dapat mandulkan 2 ekor semalam. Entry lain nanti.


Dah beberapa hari hujan. Pagi ini agak lebat di SS, ikut hati nak tunggu tapi kalau tunggu pun bukan berhenti terus, jadi ambil keputusan pecut jugalah dengan motor kesayangan. Sebelum itu, haruslah pakai baju hujang givi pemberian abahku. Untung tak basah lenjun bila pakai baju hujan.


Sekarang dah dalam opis, badan pun dah kesejukan. Aircond tutup terus. Harap badan dapat tahan. Kalau tidak, mc jawabnya esok.


Abah dah siap pesan pada mak, suruh aku jangan bawa laju ketika hujan sebab lopak dan air bertakung. Tengoklah, kasih sayang orang tua pada anaknya =)




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

8 dak comei sayang YUI:

Nurzakiah Hanum said...

SYOKNYA KALAU CUTI KAN

Nur Inani said...

tempat kita malam malam hujan lebat bila siang renyai renyai je :)

Myra Jay said...

Hati2 bawak moto tu Yui terutama ketika hujan..

Akak dah biasa dulu masa bujang naik moto..huhuu

Diana Rashid said...

kat sini pun hujan belum berhenti..nak masuk 3 hari dah ni..

lynndamya said...

Salam, kt JB hujan juga selalu..hmm teringat kes 1 family ni excident sbb nak ngelak lopak air, tp terbabas ke lane sebelah..remuk krete diorg..hujan2 jgn lah bwk laju2 sgt..:(

anamizu said...

tu la kat Sungkai ni pon hujan kerap juga Yui. hati2 ye ride motor masa hujan yui..

CT Humairah said...

hebat tu boleh bawak motor.. CT kaki tak sampai and memang tak pandai bawa pun. kalau kat kampus pinjam kawan nye nak pi mini mart aje. tu pun kawan kena teman..

Azhafizah Md Nor said...

risau nak bawak motor masa hujan..memang takut kalau terlanggar lopak air tu..takut lopaknya dalam boleh jatuh motor tu..apepun Yui hati hati ye..