tentang
banner
tutor
fb
home

Tuesday, February 26, 2013

Cara basuh dan masak Pure Marine Collagen

Jom kita tengok cara yang mudah untuk membasuh dan makan PMC ini. Aku kongsikan versi umum atau ramai yang ikut.


Untuk satu paket / 100 gram PMC

1) Basuh PMC bersih-bersih, bilas 5-6 kali air sambil ramas-ramas untuk buang hablur garam. ( air yang dibilas asing dalam bekas lain )

2) Rendam dalam air mineral/air tapis selama 6 jam atau seharian atau sehingga PMC kembang

3) Basuh lagi 5-6 kali hingga hilang bau garam

4) Rebus dalam periuk bersih dan masukkan 2.5 liter air

5) Kacau PMC hingga hancur/cair ( dalam 30 - 45 minit )

6) Masuk dalam bekas dan sejukkan dalam peti ais ( jangan letak dalam sejukbeku )

7) Makan 2 kali sehari ( 3 sudu ) pagi sebelum makan dan malam sebelum tidur


KIRI : Mula direndam
KANAN : Selepas 6 jam


Amaran :

Jangan makan PMC bersama teh/kopi/air berkarbonat selama tiga jam pengambilan. Kalau minum, sia-sia sahaja telan PMC. Pemakanan bersama vitamin c atau oren amat digalakkan.


Diingatkan juga PMC gred AAA lebih berbau hanyir berbanding PMC gred AA. Jadi macam mana cara nak kurangkan bau hanyir? Jom tengok cara aku buat.

1) Semasa basuh/bilas, boleh gunakan limau. Macam basuh ikan juga. Guna asam jawa pun boleh

2) Semasa rebus PMC, masukkan daun pandan. Letak 5-6 helai pun boleh

3) Nak letak gula batu/ gula merah pun boleh semasa rebus

4) Jika anda nak jadikan masker, jangan letak gula batu/ gula merah. Asingkan sikit untuk masker. Hanya sikit saja diperlukan jika nak buat masker.


* Kenapa semasa basuh, aku suruh asingkan dalam bekas air? Sebab air tersebut boleh dibuat rendaman kaki. Elok untuk mereka yang ada rekahan pada kaki. 


Untuk melihat PMC yang telah dimasak dan sudah menjadi jelly { klik sini }
Campuran lain supaya lebih enak makan pmc { klik sini }
Kebaikan atau kelebihan pengambilan PMC { klik sini }


Nak dapatkan PMC yang aku jual dengan harga jimat? { klik sini


Gred AA ( kuning ) 100 gram : RM 10
Gred AAA ( ungu ) 100 gram : RM 15

( tidak termasuk kos poslaju / pos daftar / pos domestik )




guna AKAL berfikir,guna HATI merasa dan guna JARI meluahkan ^ ___ ^

16 dak comei sayang YUI:

Shakira Pathi said...

dah kembang hehe :p

adyna AB said...

akak dah makan..yang last dah tak lalu sebab dah berbau...

psst..ada rezeki akak dok sg siput... suami akak kena tukar ke sg siput perakkkkkkkkkkkk

Nisa Greennnpanda said...

owh.. ade care die rupenye, hehe..

Nory Zoulkefle said...

tak penah try lagi ni...
ramai kate hasilnyer sgt memuaskan hati...
hurmmm kena try jgak ni...heee

Kniedaz said...

Akak dah masuk kali ke4 rebus PMC sekali beli gred AAA tapi memang bau lebih kuat dari AA so patah balik ke AA

Unknown said...

bila la akak nak try nih..macam tak berani..hahah

Anonymous said...

khasiat mpc ni untk ape ye

Unknown said...

adoi...tak berani nak try pulak.hehe

nanieydotcom said...

Lengkap entri ni :)

Miss N™ said...

Betul ke yang ungu tu ade bau sikit dari yg kuning tu..?

IntaNBerliaN said...

ooo ada bau yer

Mrs Velentine said...

kalau rendam tempat yg besar dia akan lebih kembang..nice entry

Cho Zila said...

DETAIL THANKS.. akakni kan der jer beli tapi tak terbuat2pun...

ayut said...

mmg byk kelebihan PMC ni...rasa yg fellina tu pon ada pati rumpai laut ni..means nk amik tu pon lbh krg je kot pantang yer..huhuhu

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

akak xtry lgpun xtau lalu ker x hehehe

Shida Radzuan said...

dah lama dia kembg eh :)